WOW !!! Harga iPhone 13 tak masuk akal

WOW !!! Harga iPhone 13 tak masuk akal

Terdapat pelbagai features yang dijangkakan ada pada iPhone siri 13 dalam beberapa laporan sebelum ini. Mesti korang tertanya-tanya berapa pula agaknya harga iPhone terbaru yang bakal dilancarkan tak lama lagi ni kan?

Menurut laporan Fuzz.my, terdapat satu laporan yang mengatakan harga permulaan bagi iPhone siri 13 ini mungkin dijual dari RM3,565 sehingga RM9,073 bagi model 1TB. Pergh! Boleh tahan.

Logik jugalah sebab harga iPhone 12 ketika dilancarkan sebelum ini pun bermula pada RM3,565 ($850). Mungkin disebabkan menawaran memori 1TB, harganya mahal sebegitu.

Harga iPhone 13 cecah sehingga RM9,000 ?

Siri iPhone 13 ini dikatakan akan lancar dengan 4 varian iaitu 13 mini dengan skrin sebesar 5.4 inci, 13 dan 13 pro dengan skrin sebesar 6.1 inci dan akhirnya 13 pro max dengan skrin sebesar 6.7 inci.

Bukan tu jer, terdapat juga beberapa laporan mengatakan iPhone 13 ini hadir dengan ciri Touch ID dan Always on Display yang menunjukkan beberapa paparan ringkas seperti jam dan notifikasi ketika phone dalam keadaan lock skreen.

Apa pandangan korang? Apapun kita tunggu sehingga ianya dilancarkan nanti ya.

Berita Penuh : https://ohmedia.my/ohtech/iphone-13-mungkin-dijual-pada-harga-rm9k/?fbclid=IwAR17SP9bGOQhvTghR1xeI8OL_aQ19tEdiTJbHDcaT9Z0szIJEkhzjPlg8hE