WOW!!! “Saya Sanggup Bermadu, Saya Boleh Tolong Jaga Anak Awak”- Wanita Sanggup Datang Ke Rumah Pasangan Ini Untuk Minta Izin

Tular di media sosial sejak semalam, video memaparkan seorang wanita didakwa begitu terdesak

sehingga sanggup datang rumah pasangan keluarga bahagia ini untuk menyatakan hasratnya menyondol suami orang.

Kejadian itu sempat disiarkan secara langsung di TikTok oleh wanita bernama Nia

“Saya sanggup berkongsi suami dengan akak” – Tular video penyondol terdesak, siap datang ke rumah minta izin bermadu

dan jelas kedengaran pertengkaran di antara suaminya dengan penyondol berkenaan. Tetapi wajah penyondol itu tidak kelihatan pada kamera.

Berdasarkan perbualan dalam video tersebut, suami kepada Nia mengakui dia selalu membantu wanita itu atas sebab ihsan sesama manusia.

Malangnya, kebaikan yang ditunjukkan itu telah disalah anggap dan diambil kesempatan di mana timbulnya niat di hati wanita berkenan untuk menjadi madu Nia.

Berang dengan apa yang berlaku, si suami dengan tegas menjelaskan bahawa dia tidak berminat dan memintanya jangan mengganggu keluarganya lagi.

“Tak perlu nak datang ke rumah, tak perlu berkawan dengan saya dan isteri. Tak perlu nak kata sayang, saya tak pernah sentuh awak, saya tak ada apa pun ikatan dengan awak.

“Kalau betul saya nak kahwin dengan awak, dah lama saya bawa isteri saya berjumpa dengan awak, buat surat kahwin apa semua.

“Saya dah ada anak, ada isteri. Anak saya pun sedang membesar, tahu tak? Anak saya yang seorang lagi tengah sekolah, jangan kacau keluarga saya, faham tak?” katanya.

Bagaimanapun, wanita itu berulang kali mengatakan bahawa kedatangan dia bukanlah hendak mengeruhkan keadaan. Sebaliknya dia mahu berbaik dan sanggup menjadi madu Nia.

“Saya datang nak berbaik saja, saya sanggup bermadu. Saya sanggup berkongsi suami dengan akak,” jelasnya.

Nia kemudian bertanya bagaimana wanita itu boleh masuk ke rumah mereka. Jelas si suami, dia sendiri membenarkan wanita itu masuk kerana bimbang sekiranya jiran-jiran terdengar pertengkaran mereka.

@lurveniabeauty Assalamualaikum semua kesayangan Nia, disebabkan ramai yg dm mintak Nia upload video live ptg td, so Nia terpaksa upload walaupun perit..video agak panjang, nanti free sikit Nia upload part seterusnya. Terima kasih yg tak putus2 mendoakan Nia, hanya Allah sahaja yg mampu membalas kebaikan sahabat semua. #nialurveia #penyondolterdesak #fyp ♬ original sound – LurveniaBeauty

“Saya boleh tolong jaga anak awak, saya betul-betul ikhlas nak dengan awak,” katanya wanita itu yang kemudian cuba menghampiri suami Nia membuatkan lelaki itu terus bangun dari tempat duduk untuk mengelakkan dirinya disentuh.

Di ruangan komen video itu, ramai netizen yang memberikan pandangan masing-masing. Ada yang mengecam, tidak kurang juga yang mempersoalkan kesahihan kejadian.

“Tak malunya. Tahap kesabaran akak memang tinggi. Kalau saya, memang lunyai dah betina tu,” kata Cucu Madura.

“Bukan marketing kan? Sebab cara perempuan ini cakap macam cakap sambil tahan gelak,” kata Dhia.

“Kalau content marketing, aku tak halal data aku tau,” kata Cik Puan Aiyu.

Menyedari ada yang tidak mempercayai kejadian itu benar-benar berlaku, Nia tampil menjelaskan bahawa, “Nanti jadi kat diri awak, saya pun nak komen macam ni juga. Komen selagi boleh komen, seolah-olah tahu keseluruhan cerita, tahniah!”.

Baca Selanjutnya : Salah pakaikan anak baju sekolah, netizen terhibur dengan gelagat Cik Piah