Yassin pernah mengamuk di studio, Hafiz Hamidun dedah kisah sebenar

Yassin pernah mengamuk di studio, Hafiz Hamidun dedah kisah sebenar.SUSULAN penahanan penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman atas tuduhan mengedar dadah, penyanyi Hafiz Hamidun turut meluahkan rasa simpati dengan nasib yang menimpa sahabatnya itu.

Pernah bekerjasama dalam penghasilan album sebelum ini, Hafiz, 38, berkata dia mengetahui Yasin berdepan masalah kesihatan dan sudah lama menderita penyakit bipolar.

“Saya simpati dengan nasib yang berlaku kepada Yasin sekarang ini. Kita tidak boleh faham dengan apa yang dia lalui selama ini.

“Bagaimanapun saya tidaklah menyokong tindakan yang dilakukan sehingga ditahan pihak berkuasa,” katanya kepada mStar.

Hafiz ditemui ketika majlis pelancaran lagu terbaru kumpulan Rabbani berjudul Husnul Khatimah yang diadakan di Dsaji Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur pada Isnin.

Yasin ketika didakwa di mahkamah pada Khamis lalu

Yassin pernah mengamuk di studio, Hafiz Hamidun dedah kisah sebenar

Yasin yang sebelum ini pernah menganggotai kumpulan nasyid Brothers ditahan pada 24 Mac lalu kerana memiliki ganja.

Susulan itu dia didakwa di Mahkamah Petaling Jaya, Selangor pada Khamis lalu dan berdepan hukuman gantung mandatori mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, Hafiz turut berkongsi pengalaman melihat Yasin mengamuk ketika berada di studio rakaman miliknya sekitar tahun 2018.

Tidak adil untuk kita sendiri meletakan hukuman kerana seperti yang saya kata, apa yang dilalui oleh Yasin hanya dia sahaja tahu

Gara-gara insiden itu, Yasin berulang kali memohon maaf apabila mereka bertemu.

Hafiz bagaimanapun mengakui tidak menyimpan dendam kerana mengetahui masalah kesihatan yang dialami.

“Dia datang ke studio dan terus marah-marah sehingga mengeluarkan kata-kata kesat.

“Namun selepas kejadian itu dia akan sentiasa meminta maaf apabila kami berjumpa. Saya tidak pernah menyimpan dendam kerana tahu tentang masalah kesihatannya,” ceritanya.

 

Lagu terbaharu kumpulan Rabbani dicipta sepenuhnya oleh Hafiz

Memandangkan kes ini masih lagi dalam perbicaraan, Hafiz memohon orang ramai agar tidak terlalu cepat menjatuhkan hukum.

“Biarlah mahkamah yang menentukan. Jika baik pengakhirannya saya bersyukur, namun kalau sebaliknya kita perlu ambil iktibar dari apa yang telah berlaku.

“Tidak adil untuk kita sendiri meletakkan hukuman kerana seperti yang saya kata, apa yang dilalui oleh Yasin hanya dia sahaja tahu.

“Ada juga rasa sedikit kesal apabila nama nasyid dikaitkan dengan perkara ini. Saya sentiasa mengingatkan rakan-rakan supaya muhasabah diri dan bertanya kembali adakah kita juga terlibat dengan perkara yang tidak betul,” katanya.

TONTON:

BACA:

Kerajaan umum Bantuan Khas Aidilfitri RM500

Tun M disiasat polis? Ini penjelasan PDRM

Musykil pengeluaran KWSP lulus atau tidak? Ini petanda yang kena anda tahu