“Yuran anak tak bayar, semua urusan rumah aku bayar, suami bukan main tunjuk lagak bayar zakat RM2K dekat orang”

Memang zakat itu perlu dibayar tapi janganlah sampai anak isteri tak ada duit semata-mata kerana anda mahu membayarnya.

Kalau duit nak makan setiap bulan pun tak cukup tapi sibuk nak bayar zakat maka berubahlah, anak isteri pula terpaksa menderita.

Seorang wanita sanggup bekerja demi menyara anaknya kerana suami terlalu taksub membayar zakat hingga nafkah tidak lagi diberi.

suami bukan main tunjuk lagak bayar zakat RM2K dekat orang

“Saya isteri bekerja. Saya ada anak 5 orang. Sorang daripadanya OKU. Perlu hantar untuk EIP (Early Intervention Program).

Semua anak saya masuk kelab silat, sukan renang, bayar pakai duit saya.

Suami beri keperluan rumah secara one off setiap bulan. Yes. Tak culas. Tapi cukup atau tak tak kisah dah. Semua saya kena fikir.

Mana nak bayar bil, nak bayar ansuran kereta dia, ansuran rumah, BLR naik, BLR turun, insurans dia, makan minum anak-anak. Yuran kokurikulum.

Barang basah barang kering. Spender seluar baju anak semua ini dalam satu transaksi sahaja.

Cukup? Memang tak cukup. Tapi perangai saya. Memang saya tak akan minta. Sebab macam minta sedekah je rasa. Padahal benda tu cuma benda asas.

Suami panas baran siap lempang anak

Tapi bila sejenis laki tak fikir langsung cukup ke tak. Mana kisah. Lebih teruk sikap dia yang panas baran. Anak sendiri jadi mangsa pukul lempang cekak leher pekik.

Sampai anak kata. Tak suka ayah.

Saya bayar dan cukupkan keperluan rumah sampaikan simpanan habis digunakan. Dia? Tukar kerja pun tak mahu. Cari kerja tambahan pun tak mahu. Alasan dia, penat.

Konon nak bawa grab macam kawan dapat seribu lebih sebulan, bawa sekejap je. Tapi bila saya daftarkan grab, tak buat pun.

Kerja pun tak nak tukar, alasan tak nak stress. Nanti tinggal saya dengan anak-anak. Uruskan rumah sorang-sorang.

Habis tu nak makan apa ni? Baju dalam sendiri pun dah enam tahun tak ganti. Baju pakai paling murah. Tak ada berhias-hias sebab saya tak ada duit.

Pakai selipar jamban tu jelah ke office, ambil anak, kenduri. Alasannya, saya pun macam tu. Tak ada ke rasa nak bagi perbaiki diri?

Saya nak sambung belajar, dia kata sambung la. Tapi duit rumah tetap saya kena tanggung. Nak bayar yuran pakai apa?

Dia ada kerja part time. Tu pun saya paksa. Saya tabungkan untuk dia. Sekarang dalam akaun dia dah banyak. Haritu dia kata dia kena bayar zakat. Nah RM1k.

Tapi dalam keadaan apa? Dalam keadaan saya tak berganti pun pakaian dalam. Yuran anak tertunggak berbulan-bulan. Tapi dia bangga dia bayar zakat dua ribu lebih.

Siap cakap saya pun patut bayar zakat. Dah dua tahun saya berhenti bayar zakat pendapatan sebab duit saya negatif setiap bulan..

Dan simpanan saya ada tinggal kurang RM5k tu belum tolak nak bayar yuran anak istimewa saya.

Dan dia bangga je dia bayar zakat kata nanti Allah pulangkan balik lagi besar.

Sedangkan kat sebelah dia ni. Nak pergi tampal gigi pun bertangguh-tangguh ke klinik kerajaan sebab anak tak ada siapa nak jaga.

Kata nak jaga anak supaya saya boleh buat kerja part time tapi tak kemana pun. Tetap saya kena masak kena dengar dia menengking-nengking anak.

Bila pelajaran anak merudum, saya cuba juga kembali mengajar anak di meja makan. Dia ada muka untuk kata kat saya siap perli kata ini tugas saya.

Eh tongong. Anak kau, kau tak mengajar ke? Dah la kau miskin. Kau malas. Kau kedekut. Kau harap tuhan bagi duit tu sekepuk kat kau dari langit? Kau ingat tuhan nak bagi ke?

Nafkah bini tak bagi. Pencuci muka pun jimat-jimat tak pakai sebab takde duit. Pernah biar je barang dapur kering.

Dia boleh buat kering weh. Ajak makan je kat luar. Lagi besar belanja. Nama dia nak pergi kedai beli barang basah tak ada.

Pastu duk ulang. Makan-makan ayah belanja. Nanti Allah bagi rezeki.

Sedangkan bini ni sampai sakit kepala pikir macam mana nak cukupkan duit belanja one off yang dia bagi yang tak cukup tu.

Aku dah tak ada tenaga nak lawan nak urus semua ni. Jangan kata la bab berkomunikasi. Berbuih mulut. Cakap direct pun dah. Dia tau duit dalam acc dah kosong dia buat derk je..

Pergi la cari kerja! Kenapa aku yang tak tidur malam buat keje part time. Bawa grab dan kau sebagai suami goyang kaki tunggu tuhan bagi rezeki.

Baca juga: “Aku geram sekali pun anak tak balik melawat, aku namakan kucing peliharaan penama dalam harta aku”