Zahid mempengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP), siapsiaga hadapi bencana banjir

Zahid mempengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP), siapsiaga hadapi bencana banjir. Kerajaan akan mengerakkan langkah proaktif dalam pengurusan bencana banjir termasuk mengaktifkan pusat pemindahan sementara (PPS) lebih awal, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), beberapa kawasan yang jumlah taburan hujan tinggi dan dijangka menyebabkan banjir akan diberi tumpuan.

“Kesiapsiagaan yang dilakukan termasuklah menggunakan acuan baharu di mana ramalan oleh MetMalaysia ini akan dijadikan panduan bagi mengaktifkan PPS bagi mangsa-mangsa sebelum berlaku banjir di kawasan berkenaan.

#image_title

Ini bagi mengelakkan kehilangan nyawa, kerosakan harta benda atau kehilangan dokumen-dokumen penting. Ini adalah langkah baharu,” katanya kepada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat kemarin.

Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun dan Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Menurut Ahmad Zahid, MetMalaysia meramalkan tiga kawasan utama bakal mengalami taburan hujan tinggi bermula 17 Dis iaitu timur Semenanjung meliputi Kelantan dan Terengganu, pantai timur Sabah dan pantai barat Sarawak.

Beliau berkata kerajaan mengarahkan agar semua agensi Persekutuan yang terbabit dalam pengurusan banjir untuk menyantuni semua kerajaan negeri tanpa mengira negeri tersebut diperintah oleh pihak mana.

“Ini bagi menyelesaikan masalah rakyat , bukan skeadar drama menyelesaikan masalah politik.

Saya mengambil pendekatan ini dan pada hemah saya inilah juga yang dipegang Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, demi rakyat, beliau akan melakukan kesaksamaan dan keadilan demi kepentingan negara keseluruhannya,” katanya.

Ahmad Zahid berkata kerajaan juga memberi komitmen untuk meneruskan sebarang bantuan kepada mangsa-mangsa banjir yang telah diberikan oleh pentadbiran lepas diteruskan.

BACA JUGA:

Neelofa sekali lagi jadi perhatian, kali ini di gelanggang futsal

Bank susu patuh syariah pertama di Malaysia, inspirasi Raja Permaisuri Agong

Konsert Melly Goeslaw 3 Februari di Kuala Lumpur, hasratnya mahu satukan muzik dua negara

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Zahid mempengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP), siapsiaga hadapi bencana … […]