12 tips belajar yang paling efektif untuk pelajar daripada Dr Amalina Bakri

12 tips belajar yang paling efektif untuk pelajar daripada Dr Amalina Bakri. Rata-rata rakyat Malaysia lebih mengenali nama Amalina Bakri dengan pencapaian yang diperoleh.

Namun, menurut Amalina sendiri, beliau lebih suka dikenali sebagai Amalina Bakri daripada seorang yang memperoleh 17A1 dalam peperiksaan. Sangat humble!

Mungkin ramai yang ingin tahu rahsia Dr Amalina belajar sehingga mendapat keputusan ‘luar biasa’ dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Rahsianya? Baca di bawah:

Dr Amalina menjadikan belajar itu suatu aktiviti yang menyeronokkan. Dengan cara ini, lebih senang untuk mengulang kaji pelajaran.

Menurut Dr Amalina, beliau tidak memaksa diri untuk mengingati sesuatu fakta dalam setiap mata pelajaran malah, menjadikan belajar itu suatu aktiviti yang menyeronokkan. Sebab itu beliau tidak berasa letih walaupun menghabiskan masa yang panjang untuk mengulang kaji.

“Daripada sepuluh mata pelajaran saya belajar di sekolah dan kelas tambahan di luar bagi subjek tertentu, hanya satu mata pelajaran, iaitu Prinsip Akaun, saya pergi tuisyen kerana perlu memahami konsepnya. Yang lain, saya belajar sendiri di rumah. Jika saya tidak faham, saya akan berjumpa guru yang boleh membimbing subjek berkenaan,” katanya.

Bagi pelajar yang mungkin sukar untuk mengingati nota dan formula, boleh ikut tips daripada Dr Amalina ini. Mungkin boleh membantu. 🙂

1. Buat nota ringkas
2. Lukis peta minda apabila mengulang kaji dan mempelajari tajuk baru
3. Wujudkan kata kunci
4. Buat banyak latihan berhubung sesuatu formula hingga terbiasa
5. Buat latih tubi supaya lama-kelamaan mudah untuk mengingati
6. Ulang kaji di rumah secara berterusan

Dah baca tapi senang lupa apa yang dihafal? Dr Amalina juga beri tips untuk kuatkan lagi ingatan selepas ulang kaji.
1. Tumpukan perhatian sepenuhnya di dalam kelas
2. Sentiasa berfikiran positif
3. Fikir perkara berfaedah sahaja
4. Elak berfikir perkara yang memesong dan merosakkan minda
5. Elak makan makanan yang mengandungi banyak bahan kimia seperti makanan ringan dan makanan segera
6. Jangan minum minuman bergas

Nak jadi macam Dr Amalina Bakri? Cuba praktik cara pembelajaran beliau terlebih dahulu. Mana tahu boleh jadi next Dr Amalina Bakri? 🙂

BACA JUGA:

5 Tip Menjaga Kesihatan Mental

Tips Menjaga Kesihatan Mental

Seperti kesihatan fizikal, kesihatan mental juga perlu dijaga, untuk menjamin kesejahteraan pada masa depan. Antara tip yang boleh dikongsikan ialah:

1. SENAMAN

– Kesihatan fizikal dan mental itu berkait rapat. Badan yang sihat dapat membina minda yang sihat, dan sebaliknya.
– Aktiviti bersenam tidak semestinya perlu ke gimnasium. Boleh sahaja aktiviti di ladang, mendaki tangga, bermain bola, melayan anak-anak dan pelbagai lagi.

2. KOMUNITI

– Hubungan interaksi sosial yang berkualiti dapat membantu kita untuk menyihatkan lagi mental kita.
– Usaha untuk menambahbaik kualiti hidup orang lain melalui aktiviti sukarelawan, sudah pasti akan meningkatkan kualiti hidup kita juga.
– Menjadi sebahagian daripada kumpulan dapat menimbulkan rasa “sense of belonging” dan ianya sangat baik untuk kesihatan mental kita.

3. MAKANAN

– Fizikal dan minda itu saling berkaitan.
– Pemakanan yang sihat akan membawa kepada kesihatan fizikal dan kesihatan mental.

4. SEIMBANG

– Stress itu pasti, dan tidak dapat dihilangkan. Ianya penting untuk kita mendapat ‘drive force’. Sebab itu, penting untuk KAWAL. Stress yang terkawal dapat membantu kita mempunyai hidup yang seimbang.
– Keluar daripada kesibukan dunia, stress seharian, dan nimatilah masa seronok tersebut. Alang-alang, dapat tingkatkan hormon gembira, dan tambah baik imuniti badan, betul tak?

5. BANTUAN

– Ia dipanggil “Mental Illness”, dan bukan “Mental Weakness.”
– Bukan salah atau kelemahan anda sekiranya mempunyai sesebuah penyakit mental. Ia juga bukan berkait dengan lemahnya iman seseorang.
– Seperti mana-mana penyakit fizikal, penyakit mental juga perlu dititikberatkan kepentingannya, dan ia bukan bermaksud “Gila”, “Sewel” atau “Dirasuk”.
– Tiada apa yang perlu dimalukan untuk meminta bantuan yang lebih pakar dalam hal kesihatan mental. Kita tak malu untuk jumpa doktor ketika kita demam, kan? Maka ini perkara yang sama.

“Without mental health there can be no true physical health.”

Dr Brock Chisholm, First Director-General of the World Health Organization (WHO)

BACA JUGA:

11 Tips Meningkatkan Kualiti Tidur Anda

Tips meningkatkan kualiti tidur

Tidur yang berkualiti akan memberikan impak yang positif di dalam kehidupan dan tubuh badan anda. Mari amalkan 11 tips ini:

1. Kemaskan tempat tidur anda

Ini adalah mainan psikologi yang bertujuan menjadikan bilik tidur anda nampak sungguh selesa untuk aktiviti berehat dan tidur.

2. Bersenam

Bersenam boleh membantu tidur anda menjadi lebih baik pada waktu malam. Sekiranya anda tidak mempunyai masa untuk bersenam penuh, sekurang-kurangnya anda boleh melakukan latihan peregangan atau berat badan yang pantas.

3. Kurangkan pengambilan kafein

Jika anda seorang penggemar minuman berkafein, ambil minuman berkafein terakhir anda pada waktu petang. Kafein boleh berlarutan di dalam badan anda selama berjam-jam lamanya, ia akan menyekat adenosin iaitu bahan kimia yang terdapat di otak manusia. Adenosin berfungsi untuk membantu anda tidur.

4. Tidur sekejap pada waktu tengahari

Tidur sekejap (nap) pada waktu tengahari adalah sangat digalakkan bagi merehatkan tubuh badan anda selain membantu menambahkan tenaga untuk terus menjalankan aktiviti sepanjang hari. Bagaimanapun, anda tidak boleh nap melebihi 20 minit kerana ia akan mengganggu kualiti tidur malam anda. Anda perlu cuba curi masa untuk nap dan lihatlah kesannya.

5. Melakukan aktiviti santai 15 minit.

Jika anda tertekan, anda sukar untuk tidur. Anda boleh memperuntukkan masa sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari dengan melakukan aktiviti bersantai. Anda boleh cuba mendengar muzik, menulis jurnal, bermeditasi, berbual dengan orang lain atau mencuba Teknik Kebebasan Emosi (EFT). Lakukan apa sahaja yang anda rasa selesa lakukan untuk mengurangkan rasa tertekan.

6. Hentikan Makan Tiga Jam Sebelum Tidur

Sekiranya anda makan makanan yang berat terlalu dekat dengan waktu tidur, tubuh anda perlu menggunakan tenaga untuk mencerna makanan dimana ia sepatutnya berehat semasa anda tidur. Pastikan anda makan selewat-lewatnya tiga jam sebelum tidur.

7. Kurangkan bunyi

Bunyi bising seperti bunyi kenderaan, perbualan dengan suara kuat boleh merangsang sistem saraf anda dan menjadikan anda terjaga dari tidur. Anda perlu mencari cara untuk menjauhinya. Anda juga perlu memastikan peralatan eletrik dan elektronik disekitar tempat tidur tidak mengeluarkan bunyi kuat.

8. Mendengar muzik yang lembut dan menenangkan

Ia bukan kategori bunyi bising. Mendengar muzik yang lembut, menenangkan seperti klasik sebenarnya boleh membantu anda tidur. Cubalah.

9. Kawal suhu bilik tidur

Tidak ada suhu spesifik untuk membantu anda tidur dengan baik. Jadi, anda boleh mengawal suhu bilik anda mengikut keselesaan supaya tidak terganggu dengan rasa terlalu panas atau sejuk.

10. Buat ritual bersedia untuk tidur

Anda boleh memberitahu minda dan badan anda bahawa ia adalah masa untuk tidur dengan mencuci wajah, memberus gigi, menepuk bantal tidur dan memakai baju tidur anda. Cuba tekun dengan ritual ini pada masa yang sama, setiap malam. Lama-kelamaan minda dan tubuh anda akan faham tentang ritual ini.

11. Tidur dalam bilik gelap

Sebaik sahaja anda sudah bersedia untuk tidur, pastikan bilik tidur anda kelihatan gelap. Sedikit cahaya dalam bilik tidur anda boleh mengganggu kitaran tubuh badan dan pengeluaran melatonin kelenjar pineal anda. Anda boleh menutup tingkap dengan langsir. Lebih bagus jikalau anda dapat memakai penutup mata.

Dengan mengamalkan tips ini secara konsisten, ia akan membantu anda untuk meningkatkan kualiti tidur. Salah satu rahsia hidup sihat adalah tidur yang mencukupi.

BACA JUGA:
https://drazurahashim.com/ubah-hidup-lebih-baik/

5 langkah mengubah hidup menjadi lebih baik

Setiap orang pasti mahu mengubah hidup menjadi lebih baik.

Kereta mewah, bergaji besar, rumah yang selesa; semua itu adalah nilai kehidupan yang didambakan oleh kebanyakan orang.

Namun, tidak semua yang diimpikan akan tercapai. Lantas, bagaimana cara mengubah hidup menjadi lebih baik?

Berikut merupakan 5 langkah yang boleh dilakukan untuk mengubah hidup menjadi lebih baik :

1. Menetapkan impian dan goal

Jangan biarkan impian hanya menjadi impian, kerana untuk mengubah hidup menjadi lebih baik bermaksud anda harus mencapai impian menjadi kenyataan.

Setting goals is the first step in turning the invisible into the visible.
-Tony Robbins

2. Keluar dari zon selesa

Setiap orang pasti memiliki rasa berdebar dan takut tentang sesuatu yang baru tetapi inilah yang harus anda hadapi.

Jangan pernah berhenti melakukan hal-hal yang baru kerana melawan rasa takut akan memberikan kepuasan dan peningkatan di dalam diri anda sendiri.

3. Mencari guru atau mentor

Mentor atau guru adalah seseorang yang bertindak sebagai panduan dalam membantu anda untuk mewujudkan impian.

Selain itu, mengikuti pendidikan dan pelatihan seperti kursus atau workshop merupakan salah satu cara efektif untuk menemukan guru terbaik di bidang yang anda minati.

4. Tingkatkan pengalaman dan terus belajar

Setiap kali anda mempelajari sesuatu hal yang baru, maka anda akan mendapatkan lebih banyak pengetahuan, mudah beradaptasi dengan situasi yang baru dan lebih kreatif dalam pemikiran yang pada akhirnya akan lebih percaya diri.

5. Buang kebiasaan membuang masa

Salah satu kebiasaan buruk dan banyak dilakukan oleh masyarakat adalah mereka menggunakan waktu produktif untuk menggunakan media sosial.

Oleh itu, kita boleh cuba menggunakan masa bersama teknologi yang ada dengan sebaiknya seperti menuntut ilmu baru untuk mencapai impian kita sebaiknya.

BACA JUGA:

“Inspirasi!”- Khairul Aming Cerita Cabaran 10 Tahun Lalu Sebelum Sukses Jual Sambal Nyet [Video]

Cabaran yang dihadapi Khairul Aming 10 Tahun lalu sebelum sambal Nyet terkenal di pasaran

Dengar sahaja tagline ‘Hey What’s up guys’ pasti anda sudah dapat mengenal pasti siapakah gerangan orangnya.

Bukan hanya terkenal di seluruh platform media sosial tetapi influencer dan usahawan, Khairul Aming ini juga sentiasa dihormati dengan sikap profesional dalam menangani sesuatu masalah.

Cerita kisah kehidupan pada 10 tahun lepas

Baru-baru ini, Khairul Aming yang baru sahaja menyambut ulang tahun yang ke-30 telah memuat naik satu video menceritakan tentang perjalanan hidupnya di TikTok pada 10 tahun lalu sebelum bergelar sebagai seorang usahawan.

Menerusi video tersebut, ketika berumur 20 tahun dia telah melanjutkan pelajarannya di Vanderbilt University, Amerika Syarikat selama 4 tahun dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan sains bahan serta menerima anugerah dekan dan AT&T.

Sepanjang tempoh pembelajaran, usahawan itu turut menimba pelbagai pengalaman dan mula menceburi bidang videografi bermula pada umur 21 tahun sehingga memenangi tempat pertama bagi pertandingan International Travel Video di USA.

Pulang ke tanah air untuk bekerja

Pada usia 23 tahun, dia pulang ke tanah air dan bekerja dalam bidang ‘oil dan gas’ sebelum masuk ke bahagian logistik selepas setahun dalam pekerjaan tersebut.

Jelasnya, berada di dalam bidang tersebut banyak mendedahkan kepada dunia perniagaan dan dapat mempelajari pelbagai cabang bidang lain seperti pengurusan, kewangan dan banyak lagi.

Umur 25 tahun, Khairul Aming nak cari duit dengan berniaga

Ketika berusia 25 tahun, Khairul Aming kemudian ingin mencari duit tepi dengan melakukan beberapa perniagaan namun gagal lalu memutuskan untuk membuat video masakan dan dimuat naik dalam chanel Facebook yang dinamakan ‘Rasapop’.

Menurutnya, pada 26 tahun chanel Rasapop itu telah mendapat sambutan menggalakkan sehingga menerima setengah juta pengikut, yang kemudian membuatkan usahawan tersebut ingin melakukan perniagaan sambal sendiri.

Meniaga Sambal King gagal, mula tampilkan diri

Namun, apa yang menyedihkan perniagaan yang diberi nama Sambal King itu juga gagal dan mengalami kerugian serta view di laman Facebook RasaPop turut merundum sehingga membuatkan dia terpaksa membina semula nama daripada awal.

Di usia 27 tahun dia mula menonjolkan diri sebagai Khairul Aming dan mula mendapat perhatian ramai sehingga memiliki jutaan pengikut.

Meskipun gembira dengan perkara itu namun dia turut mengakui privasinya hari demi hari berkurangan.

Bapa pergi menghadap ilahi, berhenti kerja dan mulakan Sambal Nyet

Namun dalam kegembiraan yang dimiliki, dia turut diuji apabila bapa tercinta dijemput menghadap ilahi dan dalam tahun yang sama usahawan itu membuat keputusan berhenti dari kerjayanya dalam bidang minyak dan gas untuk memulakan perniagaan Sambal Nyet pada usia 29 tahun.

Selepas melalui pelbagai cabaran dan kegagalan dalam kehidupan, akhirnya usahawan ini berjaya dalam perniagaannya apabila membuat jualan lebih RM7 juta serta habis dijual setiap hari di dalam aplikasi atas talian.

Bersyukur dengan kejayaan Sambal Nyet, nak jumpa semua yang dah menyokong

Katanya, dia bersyukur dengan pengalaman dan rezeki yang dimiliki dan kini telah berjaya membuka dua kilang Sambal Nyet dan menyatakan kilang kedua masih mempunyai sedikit lagi pengubahsuaian sebelum boleh digunakan sepenuhnya.

Tambahnya, disebabkan tiada lagi sekatan kerana pandemik Covid-19 maka usahawan ini ingin berjumpa dengan orang ramai yang telah menyokong kerjaya dan perniagaannya.

Dia turut memaklumkan sempena usia 30 tahun, usahawan ini mahu mengembara ke lebih banyak tempat sebagai ganjaran untuk diri sendiri dan membuat konten yang lebih menarik di luar sana.

Ramai kagum dan jadikan sebagai kejayaan Khairul Aming sebagai inspirasi

Meninjau di ruangan komen, kelihatan ramai yang kagum dengan usahawan tersebut dan menyatakan ia boleh dijadikan sabagai satu inspirasi yang baik.

BACA JUGA:

Netizen ternganga Intan Najuwa dapat A subjek ‘law’

Intan Najuwa dapat skor A subjek law mendapat perhatian netizen

Pelakon cantik Intan Najuwa mencuri perhatian peminatnya apabila berkongsi keputusan cemerlang yang diperolehinya dalam peperiksaan akhir semester pada Mac 2022 lalu.

Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 22, berkongsi berita gembira itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam aplikasi TikTok miliknya.

Dalam hantaran tersebut, pelakon bertubuh kecil molek itu telah memuat naik keputusan yang tertera keputusan ‘A’ dan ‘A-‘ bagi dua subjek iaitu Undang-Undang Jenayah dan Undang-Undang Kontrak.

“Semua hasil tidak tidur malam berbalas. Jom mara ke semester seterusnya,” kongsi Intan dalam ruangan kapsyen.

Menerusi ruangan komen, perkongsian pelakon drama Tuan Danial itu turut mendapat pujian dan kata-kata positif dalam kalangan peminatnya turut berkongsi rasa gembira dengan kejayaan pelakon tersebut.

Malah, ramai juga yang kagum dengan keputusan yang diperolehi Intan memandangkan subjek yang diambilnya bukannya mudah.

“Undang-Undang Jenayah? Bukan calang-calang,” komen salah seorang pengikutnya.

“Aku belajar Undang-Undang Perniagaan pun pecah kepala. Belum lagi kena belajar Undang-Undang Jenayah,” kata seorang lagi pengikutnya.

Sekadar info, Intan kini sedang mengikuti pengajian dalam jurusan Undang-Undang di kolej BAC di Singapura sejak Disember tahun lalu.

BACA JUGA :

Lelaki 50-an kemalangan maut di Jalan Tenom-Keningau

Mufti Pulau Pinang bersetuju dengan Fawwaz berkenaan Isu Arak

Temui mayat mulai reput dalam guni putih ditepi jalan