17 Januari hari gembira, bantuan khas penjawat awam dan pesara

17 Januari hari gembira, bantuan khas penjawat awam dan pesara. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengumumkan satu juta pesara kerajaan meliputi yang sedang menerima pencen, penerima pencen terbitan, pesara perkhidmatan awam skim KWSP dan veteran berpencen serta tidak berpencen akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) 2023 sebanyak RM350.

Manakala 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah akan menerima bantuan sebanyak RM700. Semua yang berkelayakan akan menerima bantuan tersebut pada 17 Januari tahun hadapan.

Senarai yang layak adalah pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana yang masih berkhidmat pada 17 Jan 2023 meliputi pegawai lantikan tetap, sementara dan Kontrak Perkhidmatan (COS); pegawai yang bercuti bergaji penuh; pegawai yang bercuti separuh gaji dan pegawai yang bercuti tanpa gaji.

Selain itu, golongan pegawai lantikan Malaysia Short-Term Employmen Programme (MySTEP) yang berkhidmat sekurang-kurangnya enam bulan pada 2022 dan masih berkhidmat sebagai MySTEP pada 17 Jan 2023.

Kenyataan ini dapat dilihat melalui surat pekeliling yang ditandatangani Timbalan Ketua Pengarah, Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Datuk Dr Zulkapli Mohamed bertarikh 27 Dis 2022, edaran JPA.

BACA JUGA:

Tegas Veteran UMNO, tiada keperluan dua jawatan parti dipertandingkan

Cegah Virus Covid-19 melalui terapi antibodi Monoklonal

Penerima subsidi bersasar dikenalpasti melalui data komprehensif