3 Cara Hilangkan Bau yang Melekat di Bekas Makanan Plastik!

3 Cara Hilangkan Bau yang Melekat di Bekas Makanan Plastik!

Bekas makanan plastik adalah antara barang paling disayangi oleh kaum ibu dan awas jika ada yang menghilangkannya!

Namun cuba periksa bekas makanan plastik yang berlambak dalam almari, pasti ia meninggalkan satu bau pelik dan sekiranya ia dibasuh baunya tetap melekat.

Sebenarnya sisa makanan yang terlalu lama disimpan dalam bekas plastik dapat meninggalkan bau kurang enak padanya meskipun ia telah dicuci.

Faktor ia disimpan dan tidak digunakan juga boleh menjadi penyebab bekas plastik meninggalkan bau.

Jangan bimbang, ada tiga cara yang boleh digunakan untuk menghilangkan bau kurang enak itu, iaitu :

1. Air Panas dan Sabun Cuci Pinggan

Campuran air panas dan sabun cuci pinggan dapat menghilangkan bau busuk bekas plastik.

Sangat mudah, anda hanya perlu bancuh campuran itu dan rendamkan bekas plastik anda di dalamnya selama beberapa jam sebelum dicuci dengan air bersih.

2. Serbuk Penaik

Cara kedua adalah dengan menggunakan serbuk penaik. Isi air panas dalam bekas dan tambahkan empat sudu makan serbuk penaik di dalamnya.

Kemudian rendam bekas atau botol plastik di dalamnya semalaman dan bersihkan seperti biasa keesokan harinya.

3. Cuka

Cuka memang terbukti pilihan terbaik untuk membersihkan pelbagai benda dalam rumah anda termasuk menghilangkan bau busuk pada bekas plastik.

Caranya mudah, tuang tiga bahagian air panas dalam bekas dan satu bahagian cuka. Rendam bekas plastik selama dua jam dan cuka akan memainkan peranannya dalam menghilangkan baunya.

Selepas itu bilas dengan mencuci menggunakan sabun pencuci pinggan dan air bersih. Bau cuka akan hilang dengan sendirinya apabila bekas itu kering.

BACA JUGA :

Kertas siasatan dibuka berhubung kubur Bill Kayong dirosakkan

“Zii Jia tak patut kalah… masalah angin hanyalah biasa..” – Datuk Rashid Sidek

Lelaki 50-an kemalangan maut di Jalan Tenom-Keningau