336,848 warga emas positif Covid-19, libatkan 61.3 peratus dari jumlah kematian

336,848 warga emas positif Covid-19, libatkan 61.3 peratus dari jumlah kematian. Sebanyak 336,848 warga emas atau 11.5 peratus daripada golongan itu di negara ini telah dijangkiti COVID-19 sehingga 7 Februari lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah kematian membabitkan kumpulan itu pula adalah sebanyak 61.3 peratus atau 19,646 kes daripada keseluruhan 32,034 kes direkodkan bagi tempoh yang sama.

“Bagi suntikan vaksinasi pula, seramai 2,258,521 atau 67.7 peratus warga emas telah menerima dos penggalak dan 3,335,309 atau 96 peratus daripada populasi tersebut telah lengkap dua dos vaksinasi COVID-19.

336,848 warga emas positif Covid-19, libatkan 61.3 peratus dari jumlah kematian

“Lindungi warga emas daripada jangkitan COVID-19, lengkapkan vaksinasi dan dos penggalak,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Tonton:

BACA JUGA : Gadis Korea ini jadi tak keruan tengok muka Hun Haqeem selepas layan cerita melayu

Saham Meta jatuh, Mark Zuckerberg kini di tangga 14 senarai manusia terkaya

Penerima vaksin Sinovac dicadang terima 2 suntikan penggalak