6 Tip tangkap gambar “Bergaya” untuk Feed IG untuk Iphone User.. Meh Usyaaa!!

6 Tip tangkap gambar “Bergaya” untuk Feed IG untuk Iphone User.. Meh Usyaaa!!

Orang muda mudi ni salah satu kepuasan yang mereka boleh peroleh dalam hidup sekarang ni, dapat banyak ‘likes’ di Instagram kan? Bukanlah nak meninggi diri, tapi ia juga boleh dianggap sebagai satu terapi untuk kurangkan tekanan minda.

Berkongsikan pengalaman indah bersama rakan-rakan, pasangan tercinta dan percutian itu sahaja tidak cukup, stail pun mesti kena ada. Gambar yang nampak ‘cool’ dan ‘stylo’ juga memainkan peranan penting. Tak kisahlah pakai smartphone apa, pandai snap nampak lawa lah tu.

Jadi, bagi pengguna iPhone, kalau tak pandai snap gambar lawa-lawa memang rugi, disini kami ajarkan dan cara bagaimana korang boleh dapat gambar cantik yang korang boleh kongsikan dalam Instagram. Mesti mendadak ‘likers’ korang, itu yang korang nak kan?

*1. Illusi Diri Berganda Dalam Satu Gambar Menggunakan Mode ‘Pano’*

*Buka Camera > Pilih mode ‘Pano’*

Pose di kedudukan kamera, kemudian ubah tempat, tapi korang kena pusing mengikut arah bertentangan dengan arah peredaran kamera dengan pantas sebelum ia ditujukan di kedudukan kedua. Sebelum ubah kedudukan tunggu arahan daripada jurufoto korang tu.

*2. Rakam Video Sambil Ambil Gambar / Foto Lompatan Yang ‘Sharp’*

*Camera > Video > Rakam > Klik pada butang putih di sebelah kiri untuk ‘snap’*

Di kawasan yang mempunyai landskap pemandangan indah, salah satu cara untuk korang merakamkan detik indah itu adalah mesti melompat ramai-ramai kan? Ataupun melemparkan mortarboards sewaktu hari konvokesyen.

Leceh dan penat kalau kena lompat banyak kali dan lempar berkali-kali , lebih-lebih lagi dibawah cuaca panas, ya lah mesti akan ada sebahagian gambar yang akan jadi ‘blur’. Kemudian kena tunggu kamera membuat penataan cahaya secara automatik tu, ambil masa.

Jadi lakukanlah seperti diatas, sampai rakam video korang boelh snap dalam satu masa, malah gambar akan jauh lebih cantik kalau korang ke *Setting > Photos Camera > Record Video > Klik Pada 4K at 30 fps*

*3. Panorama Secara Menegak Untuk Menampakkan ‘Background’ Bangunan Tinggi*

*Camera > Pano > Lintangkan Smarphone*

Kalau handphone menegak, panorama akan melintang, dan kalau handphone melintang panorama akan menegak, lihat gambar diatas. Jadi, malam ni senang lah nak posing depan KLCC, kawan korang tak perlu nak tunggang terbalik untuk dapatkan ‘best angle’.

*4. Permukaan Yang Senget, Macam Mana Nak Kasi Tegak?*

*Setting > Photos & Camera > Buka Mode Grid*

Situasi itu selalu terjadi apabila korang mengambil gambar di permukaan yang tak rata, misalnya lereng bukit, atau jalan yang berbukit, contoh tengok gambar diatas, kalau tegakkan kamera ia jadi senget, namun susah untuk memastikan jika ia benar-benar tegak. Kalau nak ‘rotate’ tu boleh sahaja, tapi leceh la sebab masa tu mungkin tengak dalam ekadaan kalut.

Jadi, buka mode grid, dan korang boleh memastikan landskap itu sentiasa tegak melalui garisan yang muncul di permukaan skrin kamera tu.

*5. Pergerakan Pantas, Tapi Nak ‘Sharp’*

*Tekan butang shutter lama-lama sepanjang anda bergerak*

Contohnya nak snap gambar macam diatas, mesti susah nak dapatkan gambar yang ‘sharp’ dalam setiap perincian titisan air tu kan? Jadi, cara dia senang je, sampai main-main air tu korang snap lama-lama. Nanti pilih, mesti ada salah satu yang lawa.

Cara ini boleh korang gunakan seperti di no. 2 tu, melempar mortarboards dan melampat ramai-ramai.
*6. Selfie Satu Tangan*

*Tekan pada butang ‘volume’*

Kadang-kadang selfie beramai-ramai tangan memanjang dan dalam masa yang sama kena ‘adjust’ kedudukan kamera serta memastikan tangan tak menutup skrin. Silap cara boleh jatuh iPhone tu, jadi tekanlah pada butang volume tu. Cuba korang buat.

Mungkin kalau yang ini ramai dah tahu kot cuma kami nak kongsikan balik je, kot-kot ada yang baru pakai iphone. Hehe! Kalau kurang faham dengan penjelasan boleh tengok video dibawah ni.

BACA JUGA :

Kebaikan latok yang perlu diketahui!!

Perap Ayam Panggang ala Kenny Rogers. Sedap berjus!!

Makanan Sunnah Rasullah bantu cegah sakit perut dan badan