Anak kucing seperti pakai topeng Zorro curi tumpuan ramai

Anak kucing seperti pakai topeng Zorro curi tumpuan ramai. Seekor anak kucing di Indonesia menjadi sensasi internet kerana memiliki tanda lahir pada bahagian mata yang membuatkan haiwan itu kelihatan seperti memakai topeng ‘Zorro’, lapor portal berita MailOnline, semalam.

Pemilik anak kucing tersebut, Indraini Wahyudin berkata, haiwan itu menarik perhatian netizen sejak gambarnya dimuat naik di laman media sosial.

Anak kucing itu dinamakan sebagai Boy, namun disebabkan tanda lahir yang unik, ramai pengguna media sosial menggelarnya sebagai Zorro.

Anak kucing seperti pakai topeng Zorro curi tumpuan ramai

Klip-klip video yang memaparkan aksi lincah Boy telah berjaya menarik perhatian puluhan ribu tontonan.

“Boy berusia sembilan bulan dan merupakan campuran baka kucing Parsi.

“Kucing ini sangat manja dengan saya dan sentiasa mahu dipelvk,” kata Indraini.

BACA:

Krisis rumahtangga Syamsul Yusof hanya gimik lariskan filem ‘Mat Kilau’?

Alza wajah baru dibuka untuk tempahan, harga bermula RM62k

Dituduh scammer, akhirnya Dr Azra tampil bersuara