Anak lesapkan wang dalam bank ketika ibu terlantar sakit

Anak lesapkan wang dalam bank ketika ibu terlantar sakit.

Seorang wanita berumur 83 tahun menerima wang ganti rugi sebanyak 207 juta baht (RM27.17 juta) selepas duit yang disimpan di sebuah bank di Bangkok dicuri anak perempuannya sendiri.

Mahkamah Sivil Phra Khanong membuat keputusan itu dengan bank tersebut, empat pekerjanya termasuk timbalan pengurus cawangan serta anak perempuan wanita berkenaan didapati mencuri 250 juta baht (RM32.82 juta) daripada akaun banknya ketika dia terlantar sakit.

Wanita tersebut, Huai Sriwirat, memfailkan kes di mahkamah pada November 2019 dengan menuduh bank itu, empat pekerja dan anak keduanya, Mawadee Sriwirat memalsukan dokumen untuk memindahkan wang daripada akaun bank miliknya.

Semasa ibunya sakit tenat, Mawadee dilaporkan mengubah syarat mengeluarkan wang daripada akaun Huai di dua cawangan bank dengan bantuan kakitangan, demikian menurut tuntutan mahkamah.

BACA JUGA:

Abdul Hadi Awang anggap cina bukan orang asing dalam hidupnya

8 Individu naik Myvi bertembung Honda Stream, 6 Maut

Disyaki lemas, wanita tenggelam dan gagal dikesan