Terdahulu, peguam Farizal Radzali berkongsi kisah di mana seorang suami mahu berpisah disebabkan isterinya terlalu garang.
Meskipun kedengaran lucu, tetapi rupanya ada hikmah yang boleh dijadikan sebagai pengajaran tentang hidup berumah tangga.
Isteri sepatutnya perlu tandatangan petisyen…tapi tak muncul
Menurutnya selepas difailkan oleh suami, pasangannya juga harus menandatangani petisyen permohonan berpisah tersebut.
Si isteri bagaimanapun tidak muncul, sebaliknya bertanya adakah terdapat alternatif selain meruntuhkan bahtera rumah tangga yang sekian lama terbina.
Katanya suami baik…tapi trauma bila orang tinggi suara, pernah dianiaya mak saudara
Dipendekkan cerita, suaminya adalah anak yatim yang trauma dianiaya ibu saudara. Jika terdengar orang lain meninggi suara, badannya pasti akan menggigil.
Dia terdetik untuk failkan perpisahan apabila tak semena-mena disergah oleh isteri, yang menjerit seperti ‘kerasukan’ apabila anak sulung mereka lompat ke atas adiknya. Justeru, peguam ini menasihatinya agar balik ke kampung terlebih dahulu.
Suami dah keluar rumah hampir sebulan…tapi lalu depan rumah jenguk anak bini
Meskipun hampir sebulan tidak balik, namun si suami tetap sayang dan masih lalu depan rumah untuk menjenguk isteri dan anak-anak dari jauh.
Pun begitu, mereka hanya disedari berada di kampung selepas kediaman didapati telah kosong. Dia juga akui rasa kehilangan sepanjang tempoh itu, sebelum batalkan permohonan berpisah.
Isteri ucap terima kasih atas cadangan…ada kalanya, kita perlu berpisah sekejap untuk tenang
Tidak lama kemudian, si isteri pula hubunginya untuk berterima kasih atas cadangan tersebut.
Ujar Farizal, kadang-kala pasangan suami isteri perlu ‘berpisah’ seketika bagi menenangkan hati dan fikiran masing-masing.
Baca Selanjutnya :