Angka kematian meningkat kepada 3,830, gempa bumi susulan di Turkiye, Syria semalam. Angka kematian meningkat kepada 3,830 susulan gempa bumi yang menggegarkan Turkiye dan Syria semalam.
Sekurang-kurangnya 3,830 kematian telah disahkan selepas gempa bumi kuat berukuran 7.8 magnitud menggegarkan Turkiye dan Syria awal pagi Isnin.
Jumlah kematian di Turkiye meningkat kepada 2,379, kata Naib Presiden Turki Fuat Oktay.
Di Syria, 711 kematian dilaporkan di kawasan yang dikawal kerajaan, menurut agensi berita SANA.
Agensi Pertahanan Awam Syria, yang dikenali sebagai “White Helmets,” melaporkan terdapat 740 kematian di kawasan yang dikawal oleh pembangkang.
Jumlah keseluruhan yang cedera meningkat kepada 3,531 di seluruh Syria dan 14,483 di Turkiye.
BACA JUGA:
Penduduk sedia hadapi banjir, siren amaran berbunyi 2 kali
Solat hajat untuk Turkiye, Syria akan dibuat di masjid, surau Wilayah Persekutuan