Arab Saudi hapus pemeriksaan status vaksinasi jemaah umrah, boleh masuk tanpa syarat

Arab Saudi hapus pemeriksaan status vaksinasi jemaah umrah, boleh masuk tanpa syarat. Prosedur pemeriksaan status vaksinasi ke atas pengunjung dan jemaah ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di Arab Saudi dimansuhkan mulai Khamis.

Dalam satu kenyataan mengenai prosedur operasi standard (SOP), MoHU turut menghapuskan syarat mendaftarkan maklumat vaksinasi sebelum mendapatkan visa umrah bagi jemaah dari luar Arab Saudi.

Menghapuskan syarat mendaftarkan maklumat vaksinasi

[bg_collapse view=”button-red” color=”#ffffff” expand_text=”BACA ARTIKEL PENUH” ]

Arab Saudi hapus pemeriksaan status vaksinasi jemaah umrah, boleh masuk tanpa syarat

SOP terbaharu itu juga termasuk membatalkan syarat untuk mendapatkan permit bagi mendirikan solat di Masjidil Haram dan menziarahi makam Nabi Muhammad (SAW).

Permit umrah dan menziarahi Rawdah

Manakala syarat untuk mendapatkan permit umrah dan menziarahi Rawdah tetap dikekalkan seperti sebelum ini.

Pengunjung Haramain kini tidak lagi perlu menjaga jarak fizikal, namun masih diwajibkan untuk memakai pelitup separuh muka sepanjang berada di dalam kawasan masjid.

Selain itu, pihak kementerian turut memansuhkan syarat untuk mengemukakan keputusan negatif ujian PCR atau RTK (Ag), di samping tidak lagi mewajibkan kuarantin bagi para jemaah yang datang dari luar Arab Saudi.

Baca:

Sherry tunjuk bakat sebenar menyanyi masa ‘live’, sekali Ajai bagi komen tak disangka

Keadaan terkini Siti Nordiana buat peminat bimbang

Kerajaan akan naikkan harga petrol Ron95 dalam masa terdekat?

[/bg_collapse]