Baca berita-berita baik untuk rakyat Malaysia, hasil kestabilan Kerajaan Perpaduan dan aura Anwar sebagai pemimpin negara

Baca berita-berita baik untuk rakyat Malaysia, hasil kestabilan Kerajaan Perpaduan dan aura Anwar sebagai pemimpin negara.

Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan terunggul dan pangkalan para pelabur global untuk mengembangkan perniagaan.

Para pelabur terus menunjukkan keyakinan untuk melabur di Malaysia kerana kepimpinan kerajaan baharu memberi tumpuan untuk mengukuhkan pembangunan ekonomi negara dan mengekalkan reputasi Malaysia sebagai sebuah destinasi pelaburan yang stabil.

Malaysia telah menarik sejumlah RM193.7 bilion (AS$41.7 bilion) pelaburan yang diluluskan dalam sektor perkilangan, sektor perkhidmatan dan sektor utama yang melibatkan 2,786 projek bagi tempoh Januari sehingga September 2022 dan dijangka mewujudkan 98,414 peluang pekerjaan di negara ini.

Pencapaian ini merupakan peningkatan 2.5 peratus berbanding RM188.9 bilion (AS$45.1 bilion) pelaburan yang diluluskan pada tempoh yang sama tahun lepas.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz menyatakan, “Kejayaan Malaysia menarik hampir RM194 bilion pelaburan yang diluluskan bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini adalah bukti kedudukannya sebagai destinasi pelaburan utama di Asia.

Rantaian bekalan yang mantap, struktur kos yang kompetitif, proses operasi perniagaan yang dipermudahkan, inovasi dan keupayaan teknologi canggih, serta bakat tempatan yang terlatih menjadi pemangkin untuk memacu pertumbuhan ekonomi mampan.

Memandang ke hadapan, MITI dan agensi-agensinya juga akan memastikan agar peluang pelaburan baharu akan membina kapasiti dan modal insan yang sesuai di dalam industri sasaran bagi membina ekonomi negara secara mampan”.

FDI kekal sebagai penyumbang utama sebanyak 67.5 peratus atau RM130.7 bilion (AS$28.1 bilion), sementara DDI menyumbang 32.5 peratus atau RM63 bilion (AS$13.6 bilion). Ini merupakan peningkatan sebanyak 15 peratus berbanding FDI yang diluluskan pada tempoh yang sama tahun 2021.

Daripada jumlah pelaburan yang diluluskan, Republik Rakyat China (RRC) mendominasi pelaburan asing sebanyak RM49.2 bilion (AS$10.6 bilion). Ini diikuti oleh Amerika Syarikat (RM16.9 bilion) (AS$3.6 bilion), Belanda (RM16.5 bilion) (RM3.6 bilion), Jerman (RM9.2 bilion) (AS$2 bilion) dan Singapura (RM8.7 bilion) (AS$1.9 bilion).

BACA JUGA:

Jangan tak percaya, ramai keliru PERKESO dan SOCSO, wajib baca kalau tidak mahu rugi lagi

Semua pihak diseru untuk doakan kesembuhan buat Pengarah JBPM Selangor yang diserang strok

Mangsa banjir Terengganu dan Kelantan termasuk keutamaan segera Kerajaan, diperuntuk dana sebanyak RM500, 000