BERTUAH!!! : Budak Lelaki Terjumpa Telur Dinosaur Ketika Bermain. Pakar Sahkan Berusia 66 Juta Tahun

‘Terjumpa tanpa sengaja’, budak ini temui telur dinosaur ketika main ditaman permainan, pakar sahkan telur ini berusia 66 juta tahun!

Ketika zaman kanak-kanak, pasti ramai antara kita yang pernah bermain mengorek tanah untuk cuba menemui fosil dinosaur.

Seorang kanak-kanak dari Heyuan, China menjadi tular kerana dia disahkan benar-benar menemui fosil zaman haiwan presejarah itu.

Zhang Yangzhe ternampak batu pelik ketika sedang mencari sesuatu untuk membantunya membuka kacang walnut di pinggir sungai.

Melalui pemerhatiannya sahaja, dia sendiri memutuskan bahawa batu yang ditemuinya itu adalah sebiji telur dinosaur.

Fuhh, yakin betul ya budak 9 tahun ini!

Namun tak lama kemudian, penemuannya itu disahkan dan ‘batu’ itu sememangnya telur dinosaur!

Kemudiannya, pakar arkeologi menemui lagi 10 biji ‘batu’ iaitu telur dinosaur di kawasan sekitar penemuan Zhang.

Selepas dikaji, mereka mengesahkan bahawa batu itu memang betul ianya adalah telur dinosaur yang berusia lebih kurang 66 juta tahun.

Menurut ibunya, budak lelaki yang berusia 9 tahun itu memang gemar dan suka membaca tentang Sains, terutamanya benda-benda yang berkaitan dengan dinosaur.

Dia juga tahu setiap jenis dinosaur mempunyai telur yang berlainan bentuk, menyebabkan dia dapat mengenalpasti penemuan berkenaan.

Sejak 1996 sebanyak 17,000 biji telur dinosaur dilaporkan ditemui di bandar itu menyebabkan Heyuan dianggap sebagai ‘rumah dinosaur’ dan mempunyai muzium dinosaur mereka sendiri yang diberi nama Heyuan Dinosaur Museum.

Baca Selanjutnya :

ZALIM!!! Budak 3 Tahun Pecah Tengkorak Dibelasah Kekasih Ibu Kerana Muntah Di Sofa

Keadaan Mata Zahid Hamidi Menjadi Perhatian

Tak larat nak layan anak-anak, terpaksa ‘hulur’ gajet? Hati-hati, boleh jejaskan mental anak