Budak pekak pula diajarkan muzik, guru ini kerap dipersoal orang ramai. Pernah diperlekeh kerana mengajar murid pekak subjek muzik, cikgu wanita ini tetap kental. Ramai yang terharu!
Ujar guru berkenaan, beliau pernah ditegur dan disoal mengapa mengajar muzik dengan orang pekak kerana dianggap melawan fitrah.
Namun, wanita itu cepat-cepat menepis segala persepsi negatif dan tetap mengajar sehabis baik. Baginya, muzik itu sendiri sangat luas.
TUGAS menjadi seorang cikgu bukannya mudah, lebih-lebih lagi buat mereka yang bergelar guru kepada murid pendidikan khas.
Kanak-kanak istimewa memerlukan kesabaran yang tinggi kerana perilaku pelajar tidak dapat dijangka.
Mereka juga mungkin boleh bertindak di luar jangkaan.
NAMUN, KITA PERLU TANAMKAN DALAM BENAK BAHAWA GOLONGAN ITU MEMPUNYAI LIMITASI DARI PELBAGAI ASPEK.
Menerusi rakaman yang dimuat naik oleh @Mir.dia, kesungguhan seorang cikgu wanita mengajar subjek muzik bersama sejumlah anak muridnya yang mengalami masalah pendengaran.
@mir.dla ajar muzik untuk murid ketidakupayaan pendengaran ni sebenarnya bidan terjun dengan zero knowledge. tapi itulah cikgu, hari hari kena belajar benda baru dan ajar pelbagai subjek. apa saja yg penting nak bagi ilmu untuk murid khas ni supaya input sama rata dengan murid tipikal #pendidikankhas #cikgupendidikankhas #specialneeds #specialeducation #specialeducationteacher #SpecEd #specedteacher #bahasaisyarat #signanguage #hearingimpaired #musiceducation ♬ Sang Dewi – Lyodra & Andi Rianto
Warga maya yang menontonnya memuji keikhlasan guru itu mengajar berdasarkan gerak tubuh dan mimik wajahnya yang kelihatan sangat ikhlas.
Menerusi muat naik itu juga, @Mir.dia turut berkongsi cuplikan (petikan) video beliau mengajar kanak-kanak untuk mendengar bunyi dan cuba melontarkan suara mengikut bunyi yang dibuat.
Perkongsian tersebut membuatkan paea pengguna media sosial berasa hiba dan berbangga dengan sikap yang ditonjolkan oleh wanita berhati mulia itu.
Berikut kata-kata warga maya yang ditinggalkan pada ruangan komen:
“Semoga cikgu kuat. Mereka yang tidak duduk dalam situasi cikgu tidak faham dan ada yang memilih untuk tidak mahu mengerti.”
“Sangat berbangga dengan Mira dari dahulu sehinggalah sekarang. Semoga terus maju jaya.”
“Terserlah sungguh jiwa dan kesungguhan sebagai pendidik.”
“Hahaha comel. Berkawan dengan orang ada masalah pendengaran mesti suka tepuk-tepuk apabila bergurau. Kadang-kadang mereka tepuk kuat.”
“Rasa mahu menangis kalau dapat cikgu macam ini. Terima kasih cikgu untuk sesiapa sahaja yang cikgu didik. Terima kasih.’
Dalam pada itu, SinarPlus ingin berkongsi kepada orang ramai tentang cara untuk menunjukkan rasa hormat kepada golongan yang kelainan upaya, antaranya seperti:
i) Lihat komuniti yang kelainan upaya sebagai golongan yang berharga.
ii) Menerima orang kelainan upaya (OKU) bekerja.
iii) Membangkitkan isu hak mereka yang istimewa dalam politik.
iv) Mengetengahkan isu sejarah golongan kelainan upaya dalam kurikulum sekolah.
v) Menampilkan lebih banyak artis kurang keupayaan di media.
vi) Menyediakan kolej dan biasiswa kepada atlet yang kurang upaya.
Kepada semua pembaca SinarPlus yang budiman, seharusnya golongan OKU diberikan peluang yang sama seperti individu normal kerana kekurangan bukanlah bermakna mereka tidak bernilai.
Ingat, setiap manusia yang dicipta oleh-NYA mempunyai keistimewaan sendiri.
BACA JUGA:
Di sebalik musibah banjir, pondok jadi tempat keluarga ini bersyukur
Penganalisis sifatkan masa depan Amanah tetap ada, jangan berlengah bina imej