COVID-19: 371 kes baharu, 5 kematian.
Kes harian Covid-19 mencatatkan 371 jangkitan baharu, dengan lima kematian semalam.
Menurut data di laman web KKMNOW, kes baharu terdiri daripada 370 jangkitan tempatan dan satu kes import.
Angka itu meningkatkan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 di negara ini kepada 5,033,625 kes, dengan kematian sebanyak 36,923 kes.
Setakat semalam, sebanyak 10,390 kes masih aktif, termasuk 16 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 14 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada jumlah kes aktif itu, 404 pesakit atau 3.9% menerima rawatan di hospital.
Seramai 304 pesakit dilaporkan sembuh.
BACA JUGA :
Yadim saran Malaysia Airlines lakukan tinjauan berkenaan pakaian pramugari
Safawi rasmi jadi pemain Ratchaburi FC
Demi bantu mangsa yang terbabas, seorang lelaki nekad terjun ke tasik