COVID-19: Catat 179 kes baharu, 3 kematian

COVID-19: Catat 179 kes baharu, 3 kematian.

Untuk 19 hari berturut-turut, jangkitan baharu COVID-19 dalam negara kekal berada di bawah 500 kes.

Bagaimanapun, pada Khamis jumlah kes naik sedikit ke 172 berbanding 132 kes yang dicatatkan hari sebelumnya.

Portal KKMNOW turut memaklumkan tiga kematian dilapor berkaitan dengan COVID-19, dan kesemua kes berkenaan berlaku di luar fasiliti hospital (BID).

Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan pada Khamis juga turun ke 9,627 kes.

Daripada jumlah itu, 9,245 kes atau 96 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC), manakala 369 pesakit mendapat rawatan di hospital.

Sejumlah 13 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICE), dengan 10 pesakit pula memerlukan alat bantuan pernafasan.
Negara juga mencatatkan 325 kes sembuh.

Kemas kini terbaharu di portal KKMNOW menunjukkan dengan pemberian harian
4,170 dos, jumlah keseluruhan penerima dos penggalak kedua kini bertambah kepada 2.4 peratus.

Portal itu turut mengemas kini bilangan penerima dos penggalak pertama, di mana jumlahnya kini 49.9 peratus berdasarkan pemberian harian 740 dos.

Secara keseluruhannya, mereka yang menerima dos penggalak pertama sehingga Khamis berjumlah 16,299,287 individu.

KKM sangat menggalakkan pengambilan dos penggalak bagi individu berisiko 60 tahun dan ke atas, pesakit kronik, individu mudah mendapat jangkitan teruk COVID-19 dan individu berusia 18 tahun ke atas.

Buat masa ini, suntikan dos penggalak ditawarkan di 1,293 pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh negara iaitu di hospital dan klinik KKM serta PPV swasta.

Mereka yang layak boleh mendaftar di MySejahtera untuk janji temu.

Perkembangan sejak sebulan lalu menunjukkan berlaku peningkatan dalam pengambilan dos penggalak pertama dan kedua di fasiliti kesihatan di seluruh negara, didorong kebimbangan mengenai situasi terkini penularan COVID-19 di China.

BACA JUGA:

Hadapi Islamofobia dengan akhlak yang baik, bantah secara aman

Bot dinaiki terbalik di Krabi, dua rakyat Malaysia terkorban

Kerajaan arahkan tukar nama kad “Touch ‘n Go” kepada jenama lain untuk elak kekeliruan fungsi kad