CR7 ajak 4 rakan MU bercuti ke Arab Saudi… Bukti hubungan mereka masih akrab

CR7 ajak 4 rakan MU bercuti ke Arab Saudi… Bukti hubungan mereka masih akrab.

CRISTIANO Ronaldo menjemput beberapa bekas rakan sepasukannya di Manchester United untuk bercuti bagi mengucapkan selamat tinggal dengan cara yang betul.

Ronaldo ditamatkan kontrak ketika dia bersama Portugal di Piala Dunia, sekali gus tidak berpeluang mengucapkan selamat tinggal kepada rakan sepasukannya di United.

Kini dia mula menghubungi teman-teman rapatnya di dalam skuad kendalian Erik ten Hag bagi meluangkan masa dengannya di Portugal dan melawatnya di Arab Saudi.

Ronaldo meninggalkan United pada November selepas mengkritik kelab dalam satu temu bual bersama Piers Morgan.

Dia menandatangani kontrak bernilai 170 juta pound (RM893.57 juta) setahun bersama kelab Arab Saudi, Al Nassr.

Ronaldo, 37, mempunyai kediaman mewah di Lisbon dan dia menjemput kawan-kawan baiknya di United untuk meluangkan masa dengannya pada musim panas nanti.

Dia juga bertanya jika mereka berminat untuk melihatnya bermain di kelab baharunya di Timur Tengah, jika ada kelapangan.

“Masih ada beberapa pemain di sini yang tetap menghormati Ronny (Ronaldo) dan sedih dengan cara ia berakhir, kerana mereka tidak sempat mengucapkan selamat tinggal dengan sempurna.

“Dia baru saja meninggalkan kumpulan WhatsApp pemain-pemain tetapi berjanji akan terus berhubung dan ada beberapa orang yang dijemput ke rumah baharunya di Lisbon dan ke Saudi untuk melihatnya beraksi.

“Harry Maguire, Bruno Fernandes, Casemiro dan Raphael Varane adalah kawan baiknya,” kata sumber rapat dengan United.

BACA JUGA:

Rahsia Goreng Ikan Bilis supaya Rangup & Tahan Lama, Begini Rupanya!!

Rahsia uban tak tumbuh walaupun umur dah lebih 50 tahun.. Hanya guna daun kari dengan yogurt sahaja!

Dekorasi bilik anak? Jom baca serba sedikit idea yang mungkin boleh diikuti