[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”Hide” ]Dari buruh kasar ke model pakaian, kisah pakcik ini buat rakyat buka mata pejabat buruh buruh jabatan buruh malaysia buruh nelayan dan juga petani jabatan buruh pejabat buruh selangor akta buruh[/bg_collapse]
Seorang buruh kasar di Kerala menjadi popular sekelip mata selepas dia memperagakan sepasang sut pengantin daripada jenama tempatan milik seorang jurugambar, lapor laman berita Wion News semalam.
Mammikka, 60, menerima populariti mendadak itu selepas gambarnya sedang berdiri di tepi sebatang jalan dirakam jurugambar tersebut, Shareek Vayalil.
Shareek kemudian berkongsikan gambar tersebut di laman Facebook miliknya. Hantaran itu menjadi tular dalam sekelip mata selepas netizen menyamakan wajah Mammikka dengan pelakon dari India, Vinayakan.
Beberapa hari kemudian, Shareek mencari warga emas berkenaan untuk memintanya menjadi model bagi perniagaan pakaian pengantin yang dimiliki lelaki itu.
Selepas bersetuju, Mammikka menjalani transformasi pada penampilannya yang turut dirakam dalam sebuah video yang turut menjadi tular.
Hasil daripada transformasi tersebut, dia dilihat memperagakan sepasang sut klasik berwarna coklat beserta sebuah iPad yang dipegang.
Dia turut memakai sepasang kaca mata hitam, sekali gus menjadikannya berbeza sama sekali dengan penampilan awalnya sebagai seorang buruh kasar.
Ekoran populariti luar biasa itu, Mammikka meluahkan hasratnya untuk mencuba nasib dalam bidang peragaan dan dalam masa sama tetap meneruskan pekerjaannya sebagai seorang buruh.
Tonton:
Baca:
Gadis Korea ini jadi tak keruan tengok muka Hun Haqeem selepas layan cerita melayu
Saham Meta jatuh, Mark Zuckerberg kini di tangga 14 senarai manusia terkaya
Cikgu sekolah didakwa rogol 13 pelajar sekolah sehingga ada yang lahirkan bayi