Demand sangat, biasanya isteri meluah perasaan tentang ibu mertua, tapi ini pula tentang adik ipar. Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hi, min. Lately banyak min share cerita pasal mertua dan aku rasa terpanggil nak luah jugak.
Suami aku anak ke-2 dari 7 beradik, tapi sulungnya kaklong. So apa tanggungjawab family semua jatuh ke suami as anak lelaki sulung.
FIL dah meninggal. Rumah MIL ada adik ipar aku, lelaki. Isteri dan anak depa stay situ sekali.
Nak jadi cerita, beza umur aku dengan suami dalam 10 tahun. So masa kahwin suami dah complete semua dengan kerja dan gaji yang stabil, dah beli rumah, kereta motor semua.
Suami aku kahwin paling last sekali, adik adik semua kahwin dulu.
Disebabkan suami ni “abang” dan gaji dia yang paling stabil dan besar antara adik beradik, so suami sponsor semua adik adik dia mase kahwin.
Even adik lelaki dia pun sedia duit hantaran je 3-4k (tu pun suami topup). Belanja kenduri ke bayar apa pun semua suami sponsor.
Okay tu kan sebelum kami kahwin, so aku tak nak campur.
Then kami tunang dan plan nak kahwin. Kebetulan adik bongsu suami pun dah tunang awal lagi dan nak kahwin jugak.
So kami plan buat je sekali kenduri senang sekali harung. MIL pun dah tak berapa kuat nak buat kenduri banyak kali kan.
Tapi adik suami taknak buat sekali. Dia kata nanti orang tak tumpu dekat dia as raja sehari sebab ada 2 pasang pengantin.
So kami pun ikut je la buat asing, kenduri dia dulu (sebab dia tunang dulu).
TAPI KENDURI DIA PUN SUAMI KENA SPONSOR YA. Sebab adik adik lain dulu suami yang sponsor, jadi dia kata tak adil lah kan kalau tak sponsor dia.
DAH LA DEMAND dalam semua benda, ambil servis yang pricey harga hotel (padahal kenduri dekat rumah je).
Dia nak abang dia ni bayar je. Suami (tunang masa tu) duk mengadu lah dekat aku.
Dah la dia nak kena prepare untuk persiapan kenduri kami pulak (plan dalam 6 bulan lepas kenduri adik). Tapi adik dia demand itu ini.
ORANG SURUH BUAT KENDURI SEKALI TAK NAK, PASTU NAK KENDURI FREE PULAK ORANG SPONSOR.
Suami pulak jenis tak pandai nak menolak. MIL aku okay je tegur jugak adik bongsu tu dan adik adik lain jangan menempel sangat dekat abang. Lagipun depa semua kerja kot.
Kecuali adik bongsu tu tak kerja, baru 21 tahun tapi gedik nak kahwin. Kerja kilang berapa bulan pastu resign duk rumah je. So memang takda saving la.
Laki dia bayar kenduri basic basic je, selebihnya suami aku bayar semua.
Depan laki dia pandai ya kata eh takyah la bayar ke apa semua. Buat baik depan laki dia. Belakang duk bagi arahan dekat abang dia suruh bayar.
Disebabkan kesian sangat, suami terpaksa habis banyak untuk kenduri adik dia.
Aku pujuk suami kenduri kami buat kecil kecil time hari nikah je dengan family dan kawan rapat. Takyah resepsi semua. Plus kami ni pengantin PKP, nikah pun ada had.
Aku tahu suami lebih dari mampu nak buat kenduri kami besar besar pun tapi kami bincang dan decide buat kenduri kecil.
Then kami pi honeymoon travel spend time sama sama ke sana sini.
Alhamdulillah kenduri adik selesai. Lepas berapa bulan tu kenduri nikah kami kecil kecilan tu pun selesai.
Aku dengan suami banyak travel together ke sana sini banyak negeri. Rezeki murah suami naik gaji, naik pangkat, elaun semua naik.
Oh ya, aku pun kerja office hour sama dengan suami. Kami duk asing tapi dekat dengan rumah MIL. Selalu je singgah balik.
Paling penat tu bila aku yang kerja seharian ni, balik rumah kadang masak. Kadang beli luar juga.
Adik ipar aku yang suri rumah tu asyik mai nak makan je. Tanya masak apa harini.
Kalau aku tak masak, aku kena beli lebih untuk dia. HANG DAH KENAPA?! Hang kan seharian duk rumah je kot!! Makan tidor ja kerja.
Tambah bila dia dah pregnant ni lagi laa dia guna alasan tak larat bawak baby.
Masalahnya kalau sarat sangat tu kita faham. Tapi ni dari time baru kahwin, masih berdua dengan laki dia ja tu pun AKU YANG BEKERJA TIAP HARI NI KENA BALIK MASAK UNTUK DIA?!!
Mulanya aku tak berkira. Aku pun suka je masak bagi suami makan. Cuma kena masak lebih la nak bagi adik ipar aku tu (siap bawak bekal balik untuk suami dia makan) ya.
Dia selalu cakap aku pandai masak dan sedap. Laki dia ok ja dia tak masak sebab tak reti, dua dua muda kan.
TAK, AKU NI MAID HANG KA NAK KENA BALIK KERJA MASAK UNTUK HANG?
Then, time dia prepare untuk nak bersalin. DIA REQUEST SUAMI AKU SPONSOR DIA BERANAK DEKAT HOSP SWASTA YA.
Takleh la hospital kerajaan ni sebab panas dia kata. Rimas la. Katil tak cukup la.
Hari hari dia pesan dekat suami aku dia nak hospital swasta.
Aku sampai pi cakap dekat laki dia pegi la bayar bini hang nak duk swasta.
Laki dia pandai pulak cakap hospital kerajaan je dah cukup, beranak duk kejap je.
Tapi adik ipar aku bengang, dia marah marah merajuk dekat suami aku cakap apa lah sangat gaji besar tapi takleh belanja dia BERANAK KAT SWASTA tu.
Hello, dah la kahwin suami aku sponsor. Makan pakai pun suami aku beli. Makan aku masak almost tiap hari dekat hang.
Tak kira lagi hadiah hadiah or barang barang apa yang dia nak mintak suami aku bayar (TAK LARAT NAK LIST SEBAB BANYAK).
Pastu nak beranak dekat swasta. Paling aku terasa dengar dia cakap,
“Kakak (aku lah tu) tak mengandung lagi pun. Mana tahu lepas belanja dia beranak dekat swasta ni datang rezeki anak” dekat kami.
Ya, kami belum ada rezeki lagi walau suami dah cecah 40 tahun, tapi kami percaya rezeki Allah. DIA bagi semua tepat pada masanya.
Tak perlu la guna ayat camtu. Dah la barang anak dia banyakkkkk suami dan aku yang belikan.
Sebab kami pun excited nak dapat anak buah walaupun dah banyak anak buah dari adik adik lain.
Tapi kadang rasa sikap tak berkira kami ni diambil kesempatan pulak.
Sampai tiba masa, adik ipar pun beranak. DIA PERGI JUGAK KAT SWASTA rupanya.
Pastu call suami aku mintak dia bayarkan. Kalau tak, takleh balik. Ya Allah. Nangis nangis mintak suami aku bayar.
Ingat sampai situ je. Balik berpantang berapa hari lepas tu, aku duk relaks dengan suami tetiba dia sampai rumah dengan laki dan baby dia. Bawak barang banyak.
Terus duduk bagitau nak pantang dekat rumah aku!!! Sebab rumah aku ada aircond, tak panas. Baby takleh panas.
Kebetulan bilik pun ada banyak yang kosong, dia nak stay situ.
Entah la min, tak larat dah nak taip penyiksaan aku jaga dia pantang.
Sampai tahap suami terpaksa upah CL untuk jaga dia pantang dekat rumah kami sebab kami kerja lewat malam baru balik. Aku tak larat nak jaga dia.
Dia sendiri cari CL tu suruh datang rumah ya, paksa laki aku bayar sebab CL dah datang jaga dia masak untuk dia.
Banyak lagi min. Anak dia dah setahun lebih pun semua nak suami belikan baju la toys la.
Laki dia ada je belikan jugak tapi nak jugak abang dia belikan yang lebih mahal dan branded.
Alasan dia abang dan kak ipar dia ni gaji mahal. Takdak anak nak spend. So kena spend dekat anak dia.
Laki dia (biras aku) tu pulak jenis ikut je cakap bini dia. Adik ipar aku cakap A, maka laki dia pun A jugak.
Belum lagi part cerita dia honeymoon, dia nak travel or pergi makan luar ke apa semua dia mintak suami aku bayarkan.
Katanya dah jadi tanggungjawab suami aku as abang dia dan gaji besar takleh kedekut. Haihh. Penatttt.
Hari hari aku doa supaya aku ikhlas memberi. Cuma harap jugak untuk aku dan suami menolak melampau dia tu.
Sekarang ni kami menolak jugak apa apa yang tak perlu.
So dia kadang bengang. Selalu cakap kak ipar dia ni duk cucuk abang dia. Sabar je lah.
Side notes, alhamdulillah walaupun aku dengan suami belum dikurniakan rezeki anak tapi rezeki kami murah dari segi yang lain. Alhamdulillah.
Adik ipar pun dah jarang datang rumah aku sebab dia kata kak ipar ni tak suka dia.
Takpa lah min, janji MIL percaya aku dan faham aku. Alhamdulillah MIL aku baik. Suami aku pun faham.
Sekadar meluah.
BACA JUGA:
Kes PU Azman, mahkamah benarkan jaminan keseluruhan
Lelaki Rusia viral selepas rakaman menyelamatkan “Squirrel” yang bunting
Bercerai 3 kali, Zarina dilihat mesra bersama cikgu swimming