Dikenali dengan lawatan mengejut, tetapi tetap mengejutkan bila Loke ke KLIA 2 pula

Dikenali dengan lawatan mengejut, tetapi tetap mengejutkan bila Loke ke KLIA 2 pula. Menteri Pengangkutan Anthony Loke melakukan pemeriksaan mengejut di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2 sebelum majlis pelancaran Penerbangan Tambang Tetap Tengah Malam anjuran AirAsia kemarin.

Loke, dalam laman Facebooknya berkata, pemeriksaan dibuat untuk melihat keadaan hab pengangkutan awam di aras 1, KLIA 2 selepas dia menerima maklum balas daripada orang ramai.

“Pagi ini, sebelum saya meluluskan penerbangan tengah malam tambang tetap di Red Q, AirAsia, saya membuat semakan mengejut di KLIA 2.

“Tujuan saya pagi ini adalah untuk melihat keadaan hab pengangkutan awam di Aras 1, KLIA 2 selepas mendapat sedikit maklum balas daripada orang ramai,” katanya.

Loke berkata terdapat beberapa kelemahan utama dalam ruang menunggu e-hailing yang perlu diperbaiki.

“Satu lorong tidak rata berikutan mendapan tanah yang boleh membahayakan pengguna dan sistem pencahayaan akan ditambah baik bagi memperbaiki keadaan pada waktu malam,” katanya.

Loke berkata pihak pengurusan telah melantik kontraktor dan kerja-kerja naik taraf akan dilaksanakan pada penghujung Januari.

“Saya mempelawa semua pihak berkepentingan untuk sentiasa meletakkan usaha dalam menambah baik kemudahan dan menambah baik pengalaman pengguna di lapangan terbang kami,” katanya.

BACA JUGA:

Mutalib Langkah Tapah, pengasas Bersama parti MUDA dipecat daripada parti

17 Januari hari gembira, bantuan khas penjawat awam dan pesara

Mustapha, Ahli Parlimen Sepanggar mengorak langkah awal tumpu atasi pengangguran di Sabah