Disaman pemilik syarikat balak, Husam tidak berganjak dari pendedahan dibuat

Disaman pemilik syarikat balak, Husam tidak berganjak dari pendedahan dibuat.Kenyataan Media : Saman Fitnah Oleh Encik Mohd Haffiz Mohd Rasdin

1. Saya hanya menerima writ saman dari Tetuan Syazwan Hasim & Azeel Eskandar yang mewakili Encik Mohd Haffiz bin Mohd Rasdin pada petang 26 Jun 2022, melalui serahan tangan kepada pembantu rumah saya.

2. Saya telah mengarahkan peguam saya memfailkan permohonan untuk mengenepikan saman ini kerana ia merupakan penyalahgunaan proses Mahkamah dan cubaan untuk menghalang terdedahnya kegiatan yang menyalahi undang-undang pihak yang masih belum ditentukan terlibat dalam kes kecurian balak di kompartmen 25 HSK Nenggiri.

3. Tindakan saman ini adalah pra-matang memandangkan siasatan oleh Jabatan Perhutanan dan Sprm ke atas isu tebangan balak secara haram di kompartmen 25 dan 26 HSK Nenggiri bersebelahan dengan kawasan kerja Plaintif adalah belum lagi konklusif.

4. Saman ini merupakan satu gangguan terhadap tugas-tugas defendan sebagai pemimpin masyarakat dalam menjalankan tugas melindungi kepentingan awam.

Disaman pemilik syarikat balak, Husam tidak berganjak dari pendedahan dibuat

5. Saman ini boleh disifatkan menggantung diri sendiri oleh Plaintif dan boleh menjadi pisau dua mata.

6. InsyaAllah saya bertanggung jawab di atas dakwaan dan pertanyaan saya berkaitan kes kecurian balak di kompartmen terbabit, termasuk dua rencana yang dirujuk.
Saya juga InsyaAllah tidak akan berganjak dalam usaha saya menjaga kepentingan Rakyat dan Negeri Kelantan dan mempastikan semua pihak yang terlibat di bawa ke muka pengadilan.

7. Saya tegaskan, sepanjang tulisan saya yang dirujuk dalam saman berkenaan sama sekali tidak bersifat fitnah ke atas Plaintif.

8. Sehingga ini, tiada sebarang kenyataan penafian oleh Kerajaan Negeri atau agensinya mengenai pemberian kontrak pembalakan, perlombongan dan pemaju Bandar Perabot di mana Plaintif mempunyai kepentingan atau mendapat manafaat.

9. Menjadi amalan dalam sistem demokrasi berparlimen atau dewan undangan negeri untuk pihak-pihak yang berkaitan dengan tanggung jawab awam memberikan makum balas atas pertanyaan, kritikan dan urusan berkaitan kepentingan awam.
Maklum balas terhadap sesuatu isu yang dibangkitkan membolehkan urusan kepentingan awam tidak diabai, diselewengkan atau tidak menepati kepentingan awam secara umum.
Dengan itu juga, pertikaian awam dapat dielakkan.

10. Sekian, terima kasih

Datuk Husam Musa
27 Jun 2022

BACA:

Ramai mahu boikot Mat Kilau, ini respon Syamsul Yusof

Mat Kilau : 4 hari tayangan berjaya cecah RM11 juta

Bayi baru lahir layak dapat RM300, ini perinciannya