Doktor sahkan anak ke-7 Faizal Tahir yang baru lahir ‘down Syndrome’

Doktor sahkan anak ke-7 Faizal Tahir yang baru lahir ‘down Syndrome’. isteri selamat melahirkan cahaya mata ketujuh pada Disember tahun lalu.

Penyanyi Faizal Tahir mendedahkan anaknya yang diberi nama Maryam Tahirah berdepan beberapa masalah sejak dalam kandungan.

[bg_collapse view=”button-red” color=”#ffffff” expand_text=”BACA ARTIKEL PENUH” ]

Kongsi Faizal atau nama sebenarnya Ahmad Faizal Mohammad Tahir, doktor memaklumkan kepadanya dan isteri bahawa bayi mereka mempunyai masalah jantung sehingga terpaksa dibedah selepas dilahirkan.

“Maryam ini anak kami yang Allah berikan keistimewaan. Alhamdulillah… yang sangat-sangat special kepada saya.

“Di mana Maryam ini sewaktu dia dalam kandungan, doktor dapat kesan ada beberapa masalah dan komplikasi. Mula-mula itu jantung, kemudiannya disahkan sebagai Tetralogy of fallot (TOF).

“Campuran darah dan oksigen tak cantik, tak bagus apa semua. Jadi, itu masalah pertama yang doktor dapat kesan. Masa tu dah dapat tahu memang nak kena operate jantung dia selepas lahir,” katanya.

Penyanyi berusia 43 tahun itu berkongsi perkara tersebut menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram pada Jumaat.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Faizal Tahir (@faizal_tahir)

Sudah bersiap sedia daripada segi mental, fizikal dan kewangan, Faizal memberitahu dokt0r turut mengesan masalah lain dalam perut bayi mereka yang turut dikaitkan dengan masalah jantung.

Saya menerimanya dengan baik, Alhamdullilah. Reda, itu yang Allah bagi.

Sebelum dilahirkan, doktor mengesahkan anak perempuannya itu mengidap penyakit Sindrom Down atau disebabkan mempunyai dua komplikasi tersebut.

“Kami pun dah kena prepare untuk itu, mental, fizikal dan kewangan. Beberapa bulan lepas itu, buat pemeriksaan lagi, doktor periksa lagi, dapat tahu ada masal4h lain dalam perut.

“Ada double bubble (Duodenal atresia) dalam perut dia. yang membuatkan dia masalah nanti nak makan semua. Bila doktor kesan benda ni, dan dikatakan kait pula dengan masal4h komplikasi jantvng tadi, doktor nak beritahu agak berat.

“Dia kata saya perlu periksa, periksa betul-betul untuk isteri saya sebab kemungkinan besar apabila ada dua komplikasi ini ada Down Syndrome.

“Sebulan sebelum isteri due bersalin, dapat tahu la sahlah memang Down Syndrome,” ujarnya.

Doktor sahkan anak ke-7 Faizal Tahir yang baru lahir 'down Syndrome'

Faizal reda dan menerima dengan baik pemberian Allah.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Ragaman ini tetap reda dan menerima baik anugerah yang Allah berikan kepada dia dan keluarganya.

“Saya menerimanya dengan baik, Alhamdullilah. Reda, itu yang Allah bagi. Saya tak ada rasa macam down ke. Tiada rasa macam frust ke apa.

“Kehadiran anak saya ini untuk jadikan saya manusia lebih baik dan bersyukur… saya boleh improve diri saya sebagai seorang hamba Allah,” katanya.

Untuk rekod, Faizal mendirikan rumah tangga dengan Siti Raihannim pada 2001 dan pasangan itu kini mempunyai tiga orang anak lelaki dan empat anak perempuan.

Tonton:

Baca:

Saintis bimbang dengan fenomena kilat di kutub utara

Aliff Syukri buat hal lagi, kongsi tips malam pertama di ranjang

10 kelebihan jantung pisang untuk kesihatan yang ramai tidak tahu
[/bg_collapse]