Polis Jerman berjaya menahan seorang pengedar dadah di rumahnya selepas dia tertidur di atas telefonnya dan secara tidak sengaja telah menghubungi nombor polis.
Pengendali bilik kawalan dilaporkan hanya dapat mendengar bunyi dengkuran ketika panggilan tersebut masuk sekitar jam 1 pagi hari Sabtu.
Walaupun tidak mendapat sebarang maklumat berkenaan kecemasan, anggota polis tetap dihantar ke rumah lelaki yang berusia 23 tahun yang terletak di bandar Waldbröl, sekitar 30 batu sebelah timur Cologne.
Rakannya yang berusia 21 tahun terkejut selepas membuka pintu dan mendapati terdapat anggota polis di hadapan rumah pintu rumah mereka.
Menurut Bild, anggota polis berkenaan disambut dengan bau ganja yang kuat sebaik pintu rumah tersebut dibuka.
Polis kemudiannya menemui lelaki yang menghubungi talian kecemasan itu sedang tertidur di atas sofa dan ketika dia terjaga, dia bingung mengapa terdapat anggota polis berdiri di hadapannya.
Dia menegaskan bahawa dia tidak pernah menghubungi mereka sehinggalah dia terpanggil untuk memeriksa sejarah panggilannya dan mendapat yang dia sebenarnya telah menghubungi talian kecemasan sebanyak beberapa kali.
Kerana telah berada di situ, anggota polis berkenaan telah memeriksa rumah tersebut dan mendapati bahawa bukan hanya ganja sahaja, malah peralatan dan dadah jenis lain juga turut ditemui.
Polis dilaporkan telah berjaya merampas ekstasi, kokain, amfetamin, alat penimbang dan wang tunai.
“Ianya bukan dalam jumlah yang sedikit. Kedua-dua lelaki itu disyaki merupakan pengedar,” kata jurucakap polis.
Kedua-dua mereka pada sebelum ini pernah ditangkap melakukan kesalahan narkotik dan kini akan menghadapi tuduhan jenayah.
Mereka telah dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu siasatan lanjut.
Berita Penuh : https://siakapkeli.my/2021/09/16/pengedar-dadah-ditahan-tak-sengaja-call-polis-ketika-tidur-pelik-tiba-tiba-polis-dah-ada-dalam-rumah/?