GRS keluar daripada Bersatu, Puad Zarkashi dan Ronald Kiandee bersuara tidak senada

GRS keluar daripada Bersatu, Puad Zarkashi dan Ronald Kiandee bersuara tidak senada. Pemimpin Umno meramalkan Bersatu akan terkubur di Sabah selepas ketuanya yang juga pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Hajiji Noor bersama pemimpin lain “sebulat suara” keluar parti itu, semalam.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi, berkata Bersatu Sabah tiada akar umbi, selain tertubuh di atas pengkhianatan 21 ketua bahagian Umno negeri itu yang melompat parti.

“Akan ada lagikah Bersatu di Sabah? Bersatu tidak ada akar umbi. Akar umbi parti itu berasal dari akar umbi Umno yang lompat parti. Tanpa kuasa di kerajaan negeri, Bersatu bolehlah tutup kedai di Sabah,” katanya di Facebook.

#image_title

Bagaimanapun, semalam, Naib Presiden Bersatu Ronald Kiandee, dilaporkan berkata parti itu akan dibina semula di Sabah.

Ahli Parlimen Beluran itu, berkata beliau tidak akan mengikut jejak langkah Hajiji serta kumpulannya dan menjelaskan tindakan keluar parti oleh kumpulan berkenaan tidak menjejaskan Bersatu Sabah terutama di peringkat akar umbi.

Ahli Parlimen Beluran itu, berkata beliau tidak akan mengikut jejak langkah Hajiji serta kumpulannya dan menjelaskan tindakan keluar parti oleh kumpulan berkenaan tidak menjejaskan Bersatu Sabah terutama di peringkat akar umbi.

Sementara itu, veteran Umno, Shahrir Samad berkata, walaupun sekumpulan besar pemimpin Umno Sabah meninggalkan parti selepas PRU14, Umno tidak terkubur.

“Perjalanannya selepas itu dipenuhi rintangan dan halangan, namun masih berupaya berada dalam politik negeri itu.

“Sesudah PRU15, nasib yang sama menimpa Bersatu pula. Hanya tinggal Ronald Kiandee seorang diri sebagai utusan Muhyiddin di negeri bawah bayu itu. Putaran hidup lagi laju di Sabah?” soalnya.

BACA JUGA:

Pekerja Tomok seolah-olah di Pukau

VE berbalah nama kumpulan baharu akan diumumkan

Netizen tercuit hati melihat telatah Han Byul setelah mengenali identiti Siti Shower