Bau najis dan air kencing kucing memang tidak menyenangkan. Lebih mengacau mood pagi apabila buka saja pintu dan tingkap, tersebarlah “aroma” daripada hasil buangan binatang kesayangan orang ramai ini.
Pelbagai cara ada dikongsi untuk mengelak kucing daripada “membuang” di sekitar rumah. Namun, ada yang dikatakan tidak berhasil.
Apa kata cuba cara yang dikongsikan Zuriaty Musa menerusi akaun TikTok.
Caranya mudah saja. Sembur dengan air bawang dan serai. Boleh buat sendiri dan sembur saja di tempat yang selalu jadi sasaran kucing “membuang”.
Cara membuat ramuan yang “dibenci” kucing ini ialah:
- Ambil dua labu bawang putih bersama 3-4 batang serai
- Potong dan kemudian kisar hingga hancur
- Bila sudah hancur campur dengan air dan tapis.
- Ambil air yang ditapis masukkan dalam botol penyembur
- Sembur di tempat kucing selalu kencing dan membuang najis.
Kalau musim hujan kena buat 2 minggu sekali. Jika musim panas kemarau sebulan sekali. Baunya bawang putih dan serai ini akan buat kucing menjauhi kawasan yang disembur.
BACA:
Lelaki bercahaya muncul solat di surau jam 3.15 pagi, cctv berjaya rakam
Kisah suami bunuh isteri sendiri, ini bukti sudah rancang setahun yang lalu
Wanita dedah ditawar jadi isteri Menteri, ganjaran RM1 juta dan Rolls Royce