Hanya perlu RM3 hilangkan watermark cermin kereta, selamat duit dari bayar mahal

Hanya perlu RM3 hilangkan watermark cermin kereta, selamat duit dari bayar mahal.Percaya atau tidak, kita tidak perlu belanja mahal hanya RM3 sudah cukup untuk hilangkan ‘watermark’ di cermin kereta akibat membiarkan titisan air hujan atau embun membasahi cermin.

Cermin kereta akan mampak bertompok-tompok dan kelihatan kotor. Watermark ini memang sukar dihilangkan apa lagi kalau dibiarkan lebih lama tanpa dicuci.

Nak hilangkan watermark ini perlu cucian khas dan lebih mahal harga jika dilakukan di pusat cucian kereta.

Tapi jika nak jimat boleh praktikkan tip yang dikongsi oleh pemilik akaun TikTok Bezza_jerw.

Beliau berkongsi cara mudah menghilangkan watermark pada cermin kereta ini dengan hanya menggunakan pes pencuci pinggan. Video TikTok beliau ini mendapat lebih 4 juta tontonan.

Hanya perlu RM3 hilangkan watermark cermin kereta, selamat duit dari bayar mahal

1.Ambil pes pencuci pinggan (sebaiknya jenama Labour kerana teksturnya lebih halus).

2.Basahkan cermin kereta kemudian ambil span dan calit pencuci pinggan tadi.

3.Gosok pada cermin kereta yang mempunyai watermark tapi pastikan secara membulat supaya lebih berkesan.

4.Selepas itu sembur cermin kereta dengan air, bilas sabun sehingga bersih.

5.Lepas bilas anda akan dapat kesan watermark dah hilang! Kemudian lap cermin kereta hingga kering.

BACA:

Penduduk gembira MPAJ rampas ‘Penanda cop parking’ di kawasan PPR

Peguam dedah OKT kes ganja lapor polis, isteri ada hubungan sulit dengan pegawai penyiasat

Netizen kecam lelaki ni hadiahkan kondom kepada pengantin, ‘lawak tak kena tempat’