Hutang negara cecah RM1.5 Trillion termasuk liabiliti

Hutang negara cecah RM1.5 Trillion termasuk liabiliti

Penjawat awam diingatkan agar tidak leka memandangkan hutang negara kini telah mencecah RM1.2 trilion, ujar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelas Anwar lagi, hutang negara termasuk liabiliti sudah mencecah RM1.5 trilion dan ini perlu ditangani segera.

“Masalah-masalahnya ialah, hutang dan kerajaan itu, hutang negara sudah mencecah hampir RM1.2 trillion.

Ini kenyataan, kerana ada yang pertikai, kenyataan berubah-ubah. Itu kalau termasuk liabiliti, ia sudah RM1.5 trillion,” katanya semasa berucap di Majlis Dialog Belanjawan 2023 di sini, pada Selasa.

Justeru, katanya kerajaan tidak akan mengambil pendekatan ‘business as usual’ dan akan mengambil pendekatan yang berbeza untuk mengukuhkan kedudukan ekonomi negara.

“Sebab itu, kita beri angka yang sebenar. (Bayaran) Khidmat Hutang 2023 adalah sebanyak RM45 bilion, iaitu 15 peratus daripada hasil negara dan ini juga maksimum yang mampu ditangani oleh negara.

“Kita tidak fikir kita boleh mendepani tahun 2023 dengan keadaan yang selesa. Sebab itu, kalau ada budaya selesa, ia tidak akan dapat memacu pertumbuhan ekonomi yang diharapkan,” tambah Anwar.

BACA JUGA :

Sarawak berhasrat bina pusat kanser akhir tahun ini

Rusia beri amaran akan musnahkan 14 kereta kebal yang dihantar UK ke Ukraine

5,100 KG minyak masak paket bersubsidi dibungkus, disimpan tanpa kebenaran