Industri sawit negara kerugian RM28 bilion, ini puncanya…

Industri sawit negara kerugian RM28 bilion, ini puncanya. Kekurangan penuai sawit dalam kalangan pekerja asing menyebabkan kerugian RM21 bilion pada 2021 dan dianggarkan berterusan sebanyak RM28 bilion tahun ini.

Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Datuk Abdul Latif Abu Seman, berkata beberapa isu telah dikenalpasti untuk menyelesaikan masalah kekurangan pekerja asing menerusi campur tangan jangka pendek dan panjang yang berkesan.

Sehubungan itu, beliau berkata campur tangan segera daripada pemegang taruh adalah diperlukan bagi mempercepatkan langkah membawa masuk 32,000 pekerja asing dari Indonesia.

Katanya, proses pemgambilan pekerja perlu tuntas dan cekap, manakala penyelarasan dalam proses pengambilan pekerja asing juga perlu beralih kepada platform digitalisasi sepenuhnya tanpa sebarang campur tangan manusia.

“Kerajaan dan pemilik ladang perlu berganding bahu meneruskan pembiayaan program kemahiran semula dan peningkatan kemahiran bagi pekerja tempatan.

Industri sawit negara kerugian RM28 bilion, ini puncanya...

“Pembangunan dan pemerkasaan modal insan pekerja tempatan perlu diberi penekanan penuh kerana mereka yang memegang jawatan di peringkat atasan seperti pekerja pejabat dan pengurus ladang bagi memastikan pengurusan keseluruhan ladang adalah terjaga sepenuhnya.

“Pemberian subsidi untuk program pendidikan yang betul mengenai ladang kelapa sawit juga perlu diberi keutamaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Kira-kira 80 hingga 90 peratus pekerja ladang kelapa sawit di Malaysia adalah terdiri daripada pekerja asing, terutama Indonesia.

Kekurangan pekerja menjangkau sehingga 75,000 orang yang melakukan tugas penuaian buah kelapa sawit adalah disebabkan sekatan sempadan yang menghalang sepenuhnya kemasukan pekerja asing untuk masuk ke negara ini berikutan pandemik COVID-19.

Walaupun nilai eksport meningkat sebanyak 48 peratus, prestasi sektor perladangan kelapa sawit merosot apabila kuantiti eksport berkurang 4.4 peratus pada suku keempat 2021.

Situasi itu adalah berkait dengan isu kekurangan pekerja asing dan tempatan serta jurang yang besar dalam aspek pembangunan dan pemerkasaan modal insan bagi pekerja tempatan di dalam sektor perladangan kelapa sawit.

Abdul Latif berkata, program yang diperkenalkan oleh kerajaan perlu dibentuk dan diperkasakan ke arah pemikiran, persepsi serta pemahaman yang baik terhadap sektor perladangan kelapa sawit.

Katanya, pendekatan mengggunakan pandangan tingkah laku boleh digunakan bagi menarik lebih ramai pekerja tempatan dalam sektor perladangan.

“Program kesedaran dan kesediaan juga perlu difokuskan ke arah inisiatif automasi serta mekanisasi bagi menarik lebih ramai rakyat Malaysia untuk membabitkan diri dalam sektor ini,” katanya.

BACA:

Nora Danish tampil menari, netizen perasan sesuatu di bahagian dadanya

Caj ekstra untuk bungkus, ramai mula persoal Chef Ammar

Tak payah upah tukang, ini cara DIY baiki paip air tersumbat angin