Ismail Sabri jelaskan tak digantung UMNO

Ismail Sabri jelaskan tak digantung UMNO. Ismail Sabri Yaakob menepis spekulasi digantung Umno dan menyifatkannya sekadar khabar angin.

Katanya, beliau masih berkhidmat untuk parti itu sebagai naib presidennya.

“Saya tidak fikir saya digantung. Ia tidak dibangkitkan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT),” katanya menurut laporan The Star.

Bekas perdana menteri itu menjawab khabar angin beliau dikenakan tindakan tatatertib selepas mempersoalkan keputusan MKT memecat dan menggantung beberapa pemimpin Umno.

Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan bekas ketua Umno Selangor, Noh Omar dipecat bulan lalu kerana melanggar disiplin parti ketika PRU15.

Bekas naib presiden, Hishammuddin Hussein dan bekas ketua penerangan, Shahril Hamdan pula digantung selama enam tahun.

Ismail dilaporkan tidak bersetuju dengan pemecatan dan penggantungan itu atas alasan ia tidak mematuhi proses perundangan.

BACA JUGA:

Dua Kementerian Sabah ditukar nama

BANJIR JOHOR: Semakin surut, 977 mangsa masih berada di pps

MU mara ke final Piala Liga