Jom cuba resepi sos perapan BBQ dengan bahan yang mudah

Jom cuba resepi sos perapan BBQ dengan bahan yang mudah. Biasanya bila berkumpul bersama keluarga dan sanak saudara, BBQ merupakan juadah utama dan menjadi pilihan hati semua orang.

Kalau beli kambing atau ayam perap di luar, agak sedikit mahal dan sudah tentunya tidak puas makan.

Kalau anda bercadang melakukan BBQ di rumah atau di luar bersama seisi keluarga, apa kata cuba resepi sos perapan BBQ di bawah kerana hanya menggunakan beberapa bahan mudah sahaja mampu menghasilkan sos yang ‘terangkat’! Jom cuba.

Bahan-bahan:

2 kg daging kambing, ayam/ daging
4 biji bawang merah besar**
4 batang serai**
5 ulas bawang putih**
2 sdb cili kering**
1 sdb lada hitam tumbuk kasar
1/2 cawan sos BBQ
1/2 cawan sos tiram
1/2 cawan sos blackpepper
1/2 cawan kicap manis
2 sdb gula pasir/ gula merah
1/2 cawan minyak masak
1 sdb rosemary kering
2 sdb serbuk cili
Sedikit pewarna oren (optional)

Cara penyediaan:

1. Bersihkan daging kambing/ ayam/ daging. Tos dan ketepikan.

2. Kisarkan bahan yang bertanda (*) dengan kesemua jenis sos.

3. Masukkan gula, minyak masak, lada hitam tumbuk, rosemary, serbuk cili dan pewarna oren.

4. Gaul lagi hingga betul-betul rata dan sebati.

5. Masukkan daging atau ayam yang dicuci ke dalam bahan perapan tadi. Gaul rata-rata.

Perap selama 2 jam, nak lagi sedap perap semalaman. Makan panas-panas cicah dengan sos thai. Alhamdullilah sedap sangat.

Selamat mencuba! Hujung minggu ni boleh berkelah bersama keluarga.

BACA JUGA:

Mengejutkan! Papan tanda tulisan Bahasa Melayu diguna di Korea Selatan

Buah-buahan bertaburan memenuhi laluan, lebuh raya menjadi sesak 7km

Tunggu masa yang sesuai untuk membolosi perairan Malaysia