Kedai Espresso tepi sawah menarik perhatian orang ramai.. Digelar sebagai ‘Tiktik Nol Ngopi’ terletak di Indonesia

Kedai Espresso tepi sawah menarik perhatian orang ramai.. Digelar sebagai ‘Tiktik Nol Ngopi’ terletak di Indonesia..

Peminat kopi biasanya sanggup menjelajah ke segenap penjuru alam demi mencari minuman kegemaran mereka.

Tidak cukup dengan kedai kopi di Malaysia, mereka yang berkemampuan turut meneruskan pencarian itu setiap kali melancong ke luar negara.

Jika anda berkesempatan berkunjung ke Indonesia, jangan lupa untuk lawati sebuah kedai kopi unik yang digelar sebagai *Titik Nol Ngopi*.

Selain keenakan seleksi kopi yang ditawarkan, konsep kedai ini juga berbeza dengan peniaga lain yang terdapat di seluruh dunia.

Tarikan uniknya adalah kedai kopi ini “diangkut” dengan motosikal dan peniaga akan berdiri di tepi sawah untuk menyambut pelanggannya.

“Konsep perniagaannya seperti kedai kopi biasa di kampung, tetapi kami bawa dengan motosikal dan hanya pada waktu tertentu sahaja,” kata pemilik Titik Nol Ngopi, Elarissa Hilman Mujtaba kepada Kompas.

Kedai kopi yang mula beroperasi sejak 1 Oktober 2021 ini terletak di Sawah Rojo, Jegong, Desa Jambangan, Kecamatan Dampit, Kabupaten Malang, Jawa Timur.

Untuk akses ke lokasi itu, Elarissa memberi nasihat agar anda mengikut navigasi yang tersedia menerusi Google Map kerana ia lebih mudah untuk ditemui.

Walaupun kedai itu boleh bertukar-tukar lokasi kerana konsepnya yang sama seperti trak makanan, Titik Nol Ngopi masih mengekalkan lokasi yang sama buat masa ini.

Tarikan Titik Nol Ngopi bukan sahaja terletak pada minuman yang ditawarkan, malah pelanggan juga boleh bersantai-santai sambil menikmati panorama sawah padi yang terbentang luas.

Untuk melihat foto serta video di sekitar Titik Nol Ngopi, jangan lupa lawati laman Instagram rasmi mereka.

BACA JUGA :

Bersantai di Sabak Bernam, 6 kedai yang wajib dikunjungi

4 hal yang perlu dielakkan saat menghias rumah bersaiz kecil atau rumah manimalis

Doktor pesan check telinga apabila batuk, selsema dan sakit tekak, ini sebabnya