Kereta elektrik keluaran Proton dijangka berada di pasaran 2023

Kereta elektrik keluaran Proton dijangka berada di pasaran 2023. Proton melalui Proton Edar sedia menyatakan bakal menjadi pengedar untuk kereta Smart di Malaysia. Selari dengannya, kini ia dilaporkan Proton akan mula memasarkan kereta elektrik pertama Smart, iaitu Smart #1 EV di Malaysia seawal 2023 kelak.

Kereta elektrik ini merupakan sebuah kereta sedan kompak empat pintu, hadir dengan motor berkuasa kuda 262, dengan kelajuan maksimum 180 km/j.

Ia juga menawarkan perjalanan sehingga 440 km dengan sekaali cas – serta boleh dicas sehingga 80% dalam masa 30 minit melalui pengecasan 150 kW DC.

Buat masa ini, harga jualannya tidak diketahui lagi. Di China, ia dipasarkan pada harga bermula sekitar RM127,000.

BACA:

Lia Aziz akui dirinya kini sedang dilamun cinta

Nora Danish tampil menari, netizen perasan sesuatu di bahagian dadanya

Tak payah upah tukang, ini cara DIY baiki paip air tersumbat angin