Kisah wanita tak hamil tapi boleh lahirkan anak dapat perhatian. Pelik namun itu terjadi kepada seorang wanita muda dari Missouri.
Amerika Syarikat (AS) yang tidak tahu dirinya hamil hingga pergi ke hospital kerana mengalami kekejangan perut sebelum pulang ke rumah selepas melahirkan bayi.
[bg_collapse view=”button-red” color=”#ffffff” expand_text=”BACA ARTIKEL PENUH” ]
Dia sebelum itu langsung tidak mengetahui bahawa dia hamil
Abby Vollet, 22, melahirkan bayi perempuan Khalani, 11 bulan, pada 30 Mac tahun lalu melalui pembedahan ketika usia kandungan 35 minggu.
Pada mulanya, penuntut sepenuh masa dan pekerja jagaan harian itu pergi ke hospital dengan kekejangan perut yang teruk, sebelum mengetahui kemudian dirinya hamil.
Doktor memutuskan untuk melakukan pembedahan kecemasan dan dalam tempoh 20 minit, Abby melahirkan anak perempuannya, Khalani.
“Saya tidak tahu bahawa saya hamil. Saya tidak mengalami sebarang gejala dan berat badan saya tidak bertambah.
“Tiada siapa menyangka jadi begini. Kesakitan bermula dengan sedikit kekejangan perut.
“Kesakitan bertambah teruk sepanjang hari hingga saya tidak boleh bergerak, jadi ibu saya Cindy, yang berusia 54 tahun, membawa saya ke hospital.
“Saya menjalani ujian imbasan ultrabuny dan doktor memberitahu saya hamil. Saya ingat lagi yang saya beritahu doktor bahawa ia tidak benar. Saya sangat terkejut,” katanya.
Pada mulanya doktor menganggarkan bahawa Abby hamil kira-kira 20 minggu, tetapi mengesahkan usia kandungan antara 35 hingga 37 minggu selepas pembedahan.
“Saya mengalami pembedahan kecemasan dan dalam masa 20 minit bayi saya berada di sini,” katanya.
“Pada mulanya saya berasa sangat malu kerana saya akan menjadi ibu muda dan tunggal. Saya juga enggan melihat bayi saya untuk beberapa hari pertama,” katanya.
Apabila Abby memberitahu rakan-rakannya apa yang berlaku, mereka menyangka dia bergurau kerana dia berkongsi kisah itu menjelang April Fool’s Day.
Menurut Abby, tiada siapa percaya ia boleh berlaku kerana berat badannya tidak bertambah.
“Doktor berpendapat kandungan saya pasti berada di kawasan belakang tulang rusuk kerana tiada benjolan dan saya tidak pernah berasa sebarang tendangan,” katanya.
“Saya juga mendapat haid seperti biasa dan saya selesa memakai semua pakaian sederhana saiz saya sepanjang proses kehamilan,” katanya
Tonton:
Baca:
10 kelebihan jantung pisang untuk kesihatan yang ramai tidak tahu
Peguam ini ajar cara halau penyewa bermasalah
Isteri Shuk Sahar dilihat keluar dari pejabat agama, netizen perasan sesuatu pula
[/bg_collapse]