Krisis rumahtangga Syamsul Yusof hanya gimik lariskan filem ‘Mat Kilau’?. “Belum kahwin lagi.”
Demikian pengakuan pelakon dan pengarah popular, Syamsul Yusof berhubung spekulasi kononnya sudah melangsungkan pertunangan dengan seorang wanita yang pernah dikaitkan dengannya sebelum ini.
Syamsul atau nama penuhnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 38, mengakui mengambil pendekatan berdiam diri namun menyedarinya hidup dalam era digital, dia harus tampil membersihkan nama dan reputasi keluarganya daripada terus menjadi bahan perdebatan umum.
Sedar segala sensasi dan kisah peribadinya yang heboh diperkatakan, anak kepada selebriti tersohor, Datuk Yusof Haslam itu bagaimanapun berharap, khalayak dapat memberikan ruang kepadanya untuk menyelesaikan segala kekusutan dengan sebaik-baiknya.
“Saya belum kahwin lagi. Pertama sekali saya mahu ambil pendekatan mendiamkan diri kerana tindakan tersebut bijak tetapi terlupa saya hidup dalam dunia netizen.
“Apa yang boleh dikatakan ialah saya sedar dengan semua perkara yang berlaku termasuk kenyataan daripada pihak isteri.
“Tidak perlu rasanya untuk saya ulas atau menambah lagi petrol ke dalamnya. Harap orang di luar sana dapat memberi saya ruang,” katanya.
Pengarah yang terkenal menerusi filem KL Gangster itu berkata demikian dalam programm MeleTOP malam tadi.
Dalam pada itu, bapa kepada dua cahaya mata itu juga terkilan apabila kontroversi melanda dirinya muncul ketika filem terbaharu arahannya, Mat Kilau sedang menghitung waktu untuk masuk ke pawagam.
Syamsul menafikan semua kontroversi yang timbul sebagai gimik untuk melariskan karya arahannya itu.
“Saya tahu zaman sekarang orang buat benda macam macam pukul punggung, saya tak perlukan publitsiti murahan.
“Syamsul Yusof bukan jenis begitu, sebab saya tahu orang diluar sana akan hargai sesuatu karya dan produk yang baik. Semua ini bukan gimik, ini realiti,” ujarnya.
Menerusi temu bual sama, dia turut berharap pengamal media melaporkan sebarang cerita secara telus dan bukan hanya berdasarkan khabar angin dalam kalangan netizen semata-mata.
“Alhamdulillah isu perselisihan faham antara saya dengan sebuah portal hiburan sudah selesai. Kami sama-sama minta maaf.
“Harap para wartawan lebih menjaga etika dan tidak terlalu mengikut arus netizen. Media perlu mempunyai kelasnya tersendiri.
“Tidak ada masalah nak tulis cerita tentang aku tetapi haruslah mempunyai etika,” jelasnya lagi.
Sementara itu, Syamsul mengakui kecewa dengan tindakan segelintir pengamal media yang tidak henti-henti memburu bapanya untuk bertanya soalan berkaitan dirinya.
“Tindakan mereka menghubungi ayah saya pun memberi tekanan.
“Saya tahu mereka buat kerja tetapi itu sudah melampau-lampau. Semalam sudah beri jawapan, tetapi hari ini dan esok hubungi lagi untuk tanya soalan sama..
“Sudah seperti serangan berbaur peribadi pula. Semua ada agama, fikir-fikirkanlah,” katanya lagi.
Semalam, tular dalam media sosial sebuah tangkap layar dakwaan Syamsul sudah bertunang dengan seorang wanita.
Terdahulu, berita tentang keretakan rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah hangat diperkatakan sejak April lalu selepas si isteri mendedahkan dengan mendakwa Ira tidak henti-henti menganggunya.
BACA:
Alza wajah baru dibuka untuk tempahan, harga bermula RM62k
Dituduh scammer, akhirnya Dr Azra tampil bersuara
Krisis ekonomi bakal berlaku tahun hadapan, ini fakta yang anda perlu tahu