Kulit Sihat dan Cantik saranan KKM

Kulit Sihat dan Cantik saranan KKM

Apakah itu struktur kulit?

Kulit terbentuk daripada 3 lapisan.

• Lapisan pertama dipanggil epidermis yang terbentuk daripada keratin yang keras
• Lapisan ke dua dipanggil dermis
• Ia mengandungi collagen, fibroblast dan elastic fibers
• Ia dipenuhi dengan hujung saraf dan salur darah, dan ini menyuburkan epidermis
• Ia mengandungi kelenjar minyak (sebaceous glands) dan kelenjar peluh. Kelenjar minyak menghasilkan sebum iaitu sejenis bahan yang berminyak
• Lapisan ketiga (terdalam) terdiri daripada sel-sel lemak yang merupakan tisu di bawah kulit subcutaneous tissues

*Apakah fungsi kulit?*

Kulit berfungsi sebagai penghalang untuk mempertahankan:

Kemasukan bahan berbahaya dan mikro organisma
Melindungi organ dalaman daripada kecederaan
Mengawal suhu badan melalui perpeluhan

*Apa akan terjadi kepada kulit bila akil baligh?*

Perubahan kulit secara fisiologi berlaku semasa remaja:

• Hormon merangsang kelenjar minyak untuk menjadi aktif
• Ini menyebabkan penghasilan sebum bertambah terutama bagi remaja lelaki
• Hasilnya, muka dan rambut menjadi amat berminyak dan muka berjerawat
• Kelenjar peluh (apocrine glands) mula dikeluarkan semasa akil baligh. Kelenjar ini terletak di ketiak dan kawasan kemaluan
• Peluh daripada kelenjar ini akan bergabung dengan bakteria di bahagian permukaan kulit dan menghasilkan bau badan

*Apakah kulit yang sihat dan cantik?*

Kulit yang cantik dan menjadi idaman ialah kulit yang:

• Licin, tegang, anjal dan kemerah-merahan
• Bebas daripada jerawat atau kulit merekah
• Kulit muka yang normal adalah antara lingkungan kulit kering ke kulit berminyak.

*Apakah nilai pH yang normal bagi kulit?*

Nilai pH yang normal ialah 4.2 hingga 5.6. Nilai pH

• Dikekalkan melalui pengeluaran sebum dan perpeluhan
• Berperanan mengekalkan bahagian kulit luar dari merekah
• Menyekat pertumbuhan bakteria

*Bagaimana saya boleh menjaga kulit saya?*

“Langkah-langkah untuk menjaga kulit ialah:

*1. Membersihkan kulit dengan*
• Mandi 1 ke 2 kali sehari, lebih lagi sekiranya anda berpeluh dengan banyak
• Sabun tidak memudaratkan tetapi penggunaan secara berlebihan boleh menyebabkan kulit kering kerana ia menyingkirkan sebum
• Penggunaan air panas boleh menyebabkan kulit kering
• Guna sabun/pencuci yang lembut (mild) jika anda mempunyai kulit kering
• Bagi kulit sensitif, elakkan sabun/pencuci yang mengandungi wangian dan pewarna kerana ia boleh menyebabkan radang kulit

*2. Gunakan pelembap selepas mandi*
• Pelembap membantu mengekalkan kelembapan kulit
• Minyak bayi (baby oil) boleh digunakan untuk kulit yang kering
• Bagi kulit berminyak, tidak perlu menggunakan pelembap

*3. Gunakan Toner* bagi menutup liang roma jika anda mempunyai kulit berminyak. Ia akan membuat kulit menjadi kering serta mengecutkannya

*4. Gunakan bahan pelembap mata* di sekeliling kelopak mata. Ia boleh mengurangkan keradangan pada kulit mata yang nipis dan sensitive

*5. Salin dan pakai pakaian bersih sekerap mungkin*

*6. Lindungi kulit daripada cahaya matahari*
• Kulit akan menjadi rosak jika terdedah kepada cahaya matahari. Gunakan krim pelindung matahari bila perlu
• Pelindung matahari perlu disapu semula selepas 2 hingga 3 jam selepas berenang

*7. Bersenam*
• Bersenam secara berkala melancarkan perjalanan darah ke seluruh organ termasuk kulit. Ia juga mengekalkan kesihatan kulit

*8. Amalkan memakan makanan*
• Seimbang iaitu mengandungi sumber protein, vitamin dan mineral
• Sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan vitamin

*9. Tidak Merokok*
• Bahan-bahan berbahaya yang terdapat dalam asap rokok boleh menyebabkan kulit cepat berkedut
• Boleh menyebabkan kanser

*10. Banyakkan meminum air kosong bagi menambah kelembapan kulit*

BACA JUGA :

Resepi Kerang Kerabu Ala Thai! Pasti kecur liur dan bangkitkan selera makan..

Degil tapi berdikari? Untunglah siapa yang dapat anak ketiga nii ^^

Kebaikan latok yang perlu diketahui!!