Seperti yang kita ketahui, kegiatan buli siber merupakan perbuatan membuli melibatkan teknologi dan komunikasi melalui atas talian.
Kegiatan ini juga merupakan perbuatan mengancam dan memalukan seseorang melalui medium elektronik seperti mesej teks, laman web dan permainan internet.
Namun, sejak akhir-akhir ini, perbuatan tidak bermoral ini seakan-akan menjadi trend bagi menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap seseorang.
Buli siber, Malaysia di kedudukan ke-5?
Walaubagaimanapun, Malaysia dikatakan berada di kedudukan kelima dunia dalam kategori buli siber dan yang pertama di Asia Tenggara.
Menurut laporan Harian Metro, perkara itu didedahkan oleh Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA) berdasarkan kajian Institut Kajian Pasaran (IPSOS) berhubung kegiatan itu.
Presiden MCCA, Siraj Jalil berkata, berdasarkan kajian pada 2018, Malaysia berada di tempat kelima dunia iaitu 71 peratus kadar kegiatan siber itu.
Peru berada di kedudukan pertama dengan 80 peratus diikuti Argentina di tempat kedua dengan 74 peratus.
Selain itu, Mexico berada di kedudukan ketiga diikuti Brazil, Malaysia, Britain, Kanada dan Amerika Syarikat.
Katanya lagi, pihaknya percaya bahawa Malaysia masih menduduki carta lima teratas bagi kategori buli siber tahun ini.
Kegiatan buli siber semakin serius
Selain itu, Siraj Jalil turut mengakui bahawa kegiatan buli siber dalam kalangan pengguna siber tempatan dilihat semakin parah dan serius.
Malah, ia dibuktikan menerusi beberapa insiden membabitkan atlet (paralimpik) negara, baru-baru ini selepas netizen Malaysia secara beramai-ramai menyerang media sosial atlet negara lain.
Tambahnya, ketersediaan tekologi digital serta akses internet berkelajuan tinggi telah mencetuskan peningkatan kegiatan buli siber sejak akhir-akhir ini.
Media sosial khususnya menjadi sasara netizen melakukan sebarang kecaman seperti meninggalkan komen yang mengguris hati.
Berdasarkan IPSOS, kajian mendapati 44 peratus golongan muda menghabiskan masa 180 minit sehari di media sosial dengan 9 peratus daripadanya sekitar 24 jam.
Harap ketetapan baharu dilaksanakan
Selain itu, Siraj juga mencadangkan agar pihak berkuasa segera mewujudkan silibus wajib bagi kelompok pendidikan rendah dan menengah berhubung penggunaan siber.
Hal itu dicadangkan agar mampu mengurangkan peratusan pembabitan generasi muda dengan aktiviti buli siber yang kian parah.
Di samping itu, pihak MCCA juga berharap draf Akta Anti Buli Siber di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia dapat diberikan keutamaan oleh pemimpin baharu.
Berita Penuh : https://ohmedia.my/ohlifestyle/ancaman-buli-siber-malaysia-tersenarai-dalam-kedudukan-ke-5/
BACA JUGA :
[VIDEO] Pekerja terkejut jumpa makhluk pelik seakan “Tremors” raih 9 juta tontonan
Jadi ‘Jutawan segera’ selepas jual tanah, belasan kereta mewah yang dibeli rosak sebab tak pandai pandu
Suami kantoi curang di Roadblock, polis hanya mampu tengok isteri mengamuk