Menteri Kesihatan membuat lawatan mengejut ke HTAR

Menteri Kesihatan membuat lawatan mengejut ke HTAR. Sekeping gambar tular dalam media sosial dipercayai Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa dikatakan membuat lawatan mengejut ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini malam tadi.

Gambar tersebut dibuat naik oleh seorang pengguna yang berada di hospital tersebut memerhatikan sosok wanita itu sedang berbual dengan pengunjung di sana, namun tidak dapat dipastikan perbualan berkenaan.

“Memang pasti malam tadi memang Menteri Kesihatan. Siapa sahaja yang perasan kalau datang mengejut macam pesakit juga kan?

“Patutlah dia ada tanya beberapa orang di HTAR. Macam tiada siapa pun yang sedar itu Menteri Kesihatan,” ciap pengguna media sosial itu.

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke melakukan hal yang sama membuat lawatan mengejut di beberapa buah pusat pengangkutan awam dan darat sejak mengangkat sumpah memegang kementerian tersebut, bulan lalu.

Yang terbaru, Anthony Loke dilihat meninjau Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2, pada kelmarin bagi melihat ruangan menunggu teksi bagi penumpang lapangan itu.

BACA JUGA:

Buah-buahan bertaburan memenuhi laluan, lebuh raya menjadi sesak 7km

Tunggu masa yang sesuai untuk membolosi perairan Malaysia

“Tak sangka rupanya saya kenal dia”, Ayu Puteh luah rasa kesal dan terkilan