MESEJ SELAMAT TINGGAL DARI PADANG PASIR..
SEBUAH keluarga dari Sudan cuba menyeberangi padang pasir untuk menuju ke Libya sebelum kereta dinaiki mereka tiba-tiba rosak.
Lebih malang lokasi laluan mereka sunyi, jadi tiada siapa yang dapat memberi bantuan dan mereka terkandas begitu sahaja.
Akibatnya, seluruh keluarga itu mula kelaparan perlahan-lahan dan akhirnya meninggal seorang demi seorang.
Mereka ditemui Ahad lepas oleh pasukan rondaan sempadan hampir 250 Kilometer dari bandar kecil Alkufra di tenggara Libya.
Apa yang sangat menyedihkan adalah mesej yang ditinggalkan salah seorang dari mereka.
Ditulis dalam bahasa Arab secara harfiah mengatakan:
“Kepada siapa yang menemui mesej ini. Ini nombor saudara saya Muhammad Salah Aldin. Selamat tinggal dan saya minta maaf kerana saya tidak dapat membawa ibu saya kepada anda! Ayah dan Nasir sayangkan awak. Doakan untuk kami.”
Sumber : https://www.facebook.com/groups/1131930700481660/permalink/1565160270492032/