[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”Hide” ]Minum susu murah jejaskan otak anak? Ini penjelasan pakar. susu susu cair ikan susu semperit susu susu kambing bengkak susu susu besar susu omega susu pekat susu tepung [/bg_collapse]
Minum susu murah jejaskan otak anak? Ini penjelasan pakar.Sedihnya rasa bila ibu yang baru melahirkan anak tidak mampu memberi susu ibu sepenuhnya. Mulalah fikir untuk beri susu tepung yang berkualiti dan tak kisah susu mahal sekalipun, asalkan anak dapat khasiat.
Beruntungnya bila ibu dapat memberikan susu ibu sepenuhnya pada anak-anak. Tapi kalu ditakdirkan tidak mampu memberi susu ibu, susu tepung adalah alternatif untuk anak mendapat khasiatnya.
Peliknya, ada juga mak-mak mula bandingkan susu mahal adalah yang terbaik berbanding susu mudah. Lebih teruk lagi merasakan susu mahal boleh membuatkan anak pandai.
Kalau mak ayah berkemampuan bolehlah beli susu mahal tapi kalau di luar kemampuan, tak salah pun beri susu murah. Paling penting susu itu berkhasiat untuk anak.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Profesor Dedah PLASTIK Penyebab Kegemukan, Cara Selamat Guna Botol Susu Anak
Menyusu Badan Bukan ‘Tiket’ Makan Apa Saja, Ada Diet Pastikan Susu Banyak
Info Lebih Menarik DI SINI
Susu Mahal Bukan Penentu Anak Pandai
Nak bandingkan susu ‘mahal’ dan susu ‘murah’. Inilah yang sebenarnya nak beritahu:
PERTAMA
Bagi setiap susu formula yang ada di pasaran perlu ikut satu guideline yang dinamakan CODEX ALIMENTARIUS yang mengatakan berapa dan apa jenis zat yang boleh diletak dalam susu formula. Kalau langgar guideline ni TIDAK BOLEH DIPASARKAN.
Maka kandungan dari segi kalori, makronutrien (karbohidrat, protin, lemak) dan mikronutrien tertentu (contoh zat besi, kalsium, sodium dan lain lain) ADALAH SAMA untuk hampir semua produk formula bayi di pasaran yang membezakan adalah bahan extra seperti prebiotic, probiotic etc yang dimasukkan dalam formula setiap bayi penerimaan berbeza.
Walaupun mampu beli mahal tapi kalau dah tak sesuai terutamanya dengan bahan extra yang diletak, tetap susu mahal tersebut tak boleh diterima
KEDUA
Tahu guideline ni berdasarkan apa? SUSU IBU dan dengan semua teknologi yang ada masih tak mampu kita nak samakan kebaikan yang ada dalam susu ibu. Sebenarnya kepada saya…tak kisah kaya, miskin, bandar atau luar bandar, jika anda mampu untuk susukan anak dengan susu ibu itu adalah istilah kaya yang sebenar.
Jika ada masalah/kesukaran jumpalah kaunselor laktasi ataupun kumpulan sokongan laktasi, dekat klinik kesihatan kerajaan pun ada.
KETIGA
Kalau susu mahal sampai 1000 hinggit pun tapi kalau tak ada stimulasi dari persekitaran (asyik bagi tengok gadget, lepas mula makan bagi makanan merapu) anak anak susah nak berkembang.susu mahal bukan indikator anak sihat dan bijak.
Berhenti bandingkan kemampuan diri dan orang lain setiap orang ditakdirkan rezeki yang berlainan. Posting begini bukan menunjukkan anda lebih ‘baik’ atau ‘kaya’ dari orang lain tapi sedihnya lebih ‘miskin’ dari adab.
Mingguan Wanita : Kena tengok juga anak minum ata utidak. Kalau mahal tapi anak tak minum pun tak boleh juga. Apa pun yang terbaik adalah susu ibu. Bersyukurlah rezeki mak-mak dapat menyusukan anak.
TONTON :
BACA:
Anugerah diterima Will Smith mungkin ditarik balik
Ustaz Kazim dedah sesuatu pasal Siti Nurhaliza, “dia mai hantar..”
Lelaki ini dedah identiti sebenar pelajar diherdik pensyarah