MU diselamatkan oleh Rashford, Sancho ketika menentang Leeds United di Old Trafford

MU diselamatkan oleh Rashford, Sancho ketika menentang Leeds United di Old Trafford.

ADON Sancho dan Marcus Rashford menyelamatkan Manchester United untuk seri 2-2 dengan Leeds United di Old Trafford, menafikan kemenangan pelawat yang hadir tanpa pengurus pasukan ekoran kebangkitan tuan rumah.

United mengetahui kemenangan bakal menyaksikan mereka berkongsi mata dengan penghuni tangga kedua liga, Manchester City, namun Wilfried Gnonto mengejutkan The Red Devils dengan meledak gol pada minit pertama.

Jaringan gol sendiri Raphael Varane menyukarkan lagi tugas United, bagaimanapun Rashford menghidupkan peluang mereka apabila menyempurnakan hantaran lintang Diogo Dalot dengan tandukan menewaskan penjaga gol Leeds, Illan Meslier.

Sancho — yang baru-baru ini kembali ke pangkuan selepas diketepikan — menyamakan kedudukan sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua, sebelum United gagal mencipta kemenangan selepas deretan peluang dalam masa kecederaan.

BACA JUGA:

Seorang Wanita rela tak berkahwin, jaga ibu terlantar serta adik OKU

Operasi bersepadu selamatkan pengemis serta ‘Palauh’ di Bandaraya Kota Kinabalu akan diperluas lagi

COVID19: 189 kes baharu dicatatkan, tiada kematian