Seorang ibu meluahkan rasa terkilan dan kecewa setelah mendapat tahu punca anak lelakinya trauma hendak pergi ke sekolah setiap kali tibanya hari Ahad.
Menerusi hantaran Puan Eyma Zaideen, dirinya mula rasa sangsi apabila melihat anaknya pulang dari sekolah dalam keadaan muram lebih-lebih lagi anaknya jenis pendam meskipun diganggu kawan-kawan.
“Saya sebagai seroang ibu boleh rasa macam ada sesuatu tidak kena sebab Abe Cik (anak) jenis tak bagitahu apa-apa terjadi di sekolah. Dia jenis pendam, orang kacau dia ke apa.
“Pertanyaan Abe Cik ni berlarutan setiap kali hari persekolahan bermula. Jadi, lama-lama saya macam pelik seperti anak mempunyai masalah setiap kali pergi ke sekolah dalam keadaan ‘monyok’.
“Jadi, balik sahaja Abe Cik dari sekolah dengan muka sedih seperti baru lepas menangis, saya tanya ‘Kenapa Cik balik menangis? Ada kawan-kawan buli ke?”ceritanya.
Cikgu selalu gigit bibir Abe Cik…
Puan Eyma akui terkejut sebaik sahaja mendengar butiran penjelasan yang keluar dari mulutnya apabila mengetahui bibir anaknya digigit oleh guru lelaki.
Dedahnya lagi, dia seakan tidak percaya bahawa seorang guru tergamak bertindak sedemikian dan mendapat gelak tawa oleh rakan-rakan guru lain apabila anak murid mengadu domba.
“Memang cikgu Nor (guru lelaki) terkenal di sekolah, suka gigit orang. Semua budak tengok dia akan lari ketakutan, takut kena pegang dan gigit…
“Anak-anak cakap ada cikgu yang tahu sebab kadang anak murid kena gigit sampai nangis depan cikgu lain dan cikgu tersebut gelakkan dia,”katanya lagi.
Masalah dah selesai, tetap pertahan keadilan buat anak dan murid-murid lain
Terbaharu, Puan Eyma memaklumkan dia sudah pun pergi ke sekolah dan berjumpa dengan guru besar bagi menuntut keadilan buat anak dan nasib para pelajar.
Katanya, pihak sekolah telah pun mengambil tindakan keras terhadap sikap guru terbabit dan ia dijalankan secara berperingkat mengikut prosedur ditetapkan.
Baca Selanjutnya :
MISTERI!!! : Satu Keluarga Ditanam Belakang Rumah. Ini Kisah Sedih Rumah Banglo di Hulu Selangor
PANAS!!! Anak Pelakon Lelaki Terkenal Sanggup Lakukan Adegan ‘PANAS’ Demi Kerjaya