Rupanya Ryzal kerah tenaga isteri demi populariti – ini reaksi Ryzal
Pempengaruh media sosial berasal dari Korea Selatan iaitu Maryam Younarae kini semakin menempah nama dalam industri Malaysia selepas terlibat dalam filem, Mat Tudung Begins.
Isteri kepada Ryzal Ibrahim itu berkata jika tidak kerana suami yang mengajarnya untuk menghasilkan konten dalam media sosial tentu namanya tidak dikenali seperti hari ini.
Namun, Maryam mengakui ada sesetngah pihak yang kurang senang dengan populariti yang diraih sehingga menuduh suaminya mempergunakannya demi kepentingan sendiri.
Baca : GELI HATI : Bila Kaum Hawa Isi Minyak, Macam-Macam Boleh Berlaku Jadi Bahan Ketawa Warganet
Ramai menuduh Ryzal mengerah tenaga dan memaksa saya membuat macam-macam untuk kesenangan.
Jelasnya lagi, jika tidak kerana suaminya mungkin sehingga hari ini dia masih menjadi seorang penjual roti.
Adatlah pasangan yang berkahwin saling menggunakan satu sama lain. Bagi saya, ini adalah situasi menang-menang.
Dalam pada itu, Maryam berkata dia tahu masih ramai pasangan yang berkahwin campur namun tidak menjadi perhatian seperti dirinya kerana tidak mempunyai bakat.
Baca Selanjutnya :
REDHA ! ‘Gengster KL’ Pun Boleh Kalah Kalau Dengan Anak, Aaron Aziz Pasrah Di Solek Buah Hatinya