Pelik tapi benar, mangsa kemalangan maut tersepit tayar dan bumper kereta. Kemalangan agak pelik berlaku di Jalan Jakas, Jementah, Segamat kira-kira pukul 3.30 petang tadi (19 Julai 2022). Lelaki warga Cina maut di tempat kejadian.
Kereta jenis Perodua Myvi berkenaan dipandu seorang lelaki dari arah Jementah menghala ke Segamat .
Apabila tiba di tempat kejadian seorang lelaki yang menunggang motosikal telah keluar secara tiba-tiba dari bahu jalan dan masuk ke laluan kereta berkenaan.
Disebabkan jarak terlalu dekat penunggang motosikal telah gagal mengawal kenderaannya dan melanggar bahagian tepi belakang sebelah kiri Myvi.
Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal terjatuh di atas jalan raya dan diseret ke bahu jalan.
BACA LAGI :
Aset negara terancam dengan kebangkitan waris sulu, ini sebabnya…
Satu Malaysia kena scam dengan ikon pemotoran negara, ‘kantoi’ tiada lesen memandu
Adakah benar manusia zaman nabi bersaiz besar? Ini penjelasannya…