Pembelian motosikal berkuasa tinggi, hanya lesen B penuh sahaja

Pembelian motosikal berkuasa tinggi, hanya lesen B penuh sahaja

Baru-baru ini, seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi melecur dalam kemalangan di Kilometer 26.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, arah ibu negara, berhampiran Kampung Sungai Chinchin.

Kemalangan tersebut melibatkan lima buah motosikal berkuasa tinggi yang dipercayai terbabas apabila gagal mengelak sebuah kenderaan di hadapannya yang dikatakan sedang menukar haluan.

Bagaimanapun, pemeriksaan mendapati, hanya seorang daripada lima penunggang berkenaan mempunyai lesen penuh atau B Full untuk motosikal melebihi 250cc, manakala yang lain tidak mempunyai lesen.

Isu penunggang motosikal berkuasa tinggi tidak mempunyai lesen atau hanya memiliki lesen B2 (kurang 250cc) tidak seharusnya dipandang lewa, malah penguatkuasaannya perlu ditingkatkan.

Namun begitu, bagaimana untuk memastikan penguatkuasaan terhadap peraturan pemilikan lesen itu dipatuhi.

Apa pula punca kebanyakan penunggang motosikal berkuasa tinggi ini tidak mendapatkan lesen?

Pakar keselamatan jalan raya, Profesor Madya Dr Law Teik Hua mencadangkan kerajaan supaya menguatkuasakan peraturan baharu dengan hanya membenarkan mereka yang mempunyai lesen B penuh atau B Full untuk membeli motosikal berkuasa tinggi melebihi 250cc dan mendaftarkannya di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

BACA JUGA:

Gol kedua Malaysia dibatalkan, tindakan Dae Yong diragui

Teringat zaman kanak-kanak makan aiskrim Malaysia, jom buat aiskrim Malaysia yang gebu

Bolehkah guna tisu basah untuk berwuduk? Ini penjelasan mufti