Penduduk Ranau bantu jaga kebersihan Pekan, MDR berterima kasih. Majlis Daerah Ranau (MDR) menzahirkan ucapan terima kasih kepada warga daerah ini kerana telah memberikan komitmen serta kerjasama baik dengan mematuhi larangan membuang sampah di tempat yang hanya dikhaskan kepada pembayar cukai dalam kawasan pekan, di sini.
Pegawai eksekutifnya, Jupirin Haji Ruhimin yang tampak bersyukur dengan perkembangan positif itu berharap agar amalan tidak membuang sampah di tempat larangan untuk orang awam tidak lagi berlaku selepas ini.
Katanya, kesedaran orang ramai mengenai larangan itu telah memberi impak positif ke atas kebersihan serta keceriaan sekitar pekan Ranau, sekali gus mengikis persepsi negatif orang luar terutama pelancong yang datang ke daerah ini.
“Nilai-nilai murni seperti sikap rendah diri, peramah dan lembut hati, yang sering menjadi jolokan kepada masyarakat di daerah ini, jelas terbukti dan tidak dinafikan apabila ianya diterjemahkan melalui keterbukaan masyarakat di sini menerima sesuatu pembaharuan atau peraturan yang akhirnya membawa manfaat bersama serta imej Ranau sebagai daerah pelancongan.
“Pada fasa permulaan, memang ramai yang tidak bersetuju dengan tindakan menghalang penduduk yang tinggal diluar operasi MDR, namun selepas hampir seminggu dilaksanakan, melalui penelitian komen-komen netizen di media sosial, majoriti bersetuju dan menyokong usaha ini,” katanya kepada media,hari ini.
Menurut Jupirin lagi, ke arah merealisasikan slogan ‘Bandar ini, kita punya’, ‘Bersih dan Indah’, usaha pemantauan akan berterusan disamping pelbagai kempen akan diadakan termasuklah cadangan menawarkan insentif kepada individu yang melaporkan kepada MDR jika berlaku pelanggaran peraturan atau undang-undang sedia ada berkaitan penyalahgunaan kemudahan yang dikhaskan kepada pembayar cukai,
“Bentuk maklumat yang diperlukan sebagai bukti untuk membolehkan pihak pengutkuasa MDR mengambil tindakan, ialah gambar, lokasi, tarikh dan masa. Manakala identiti pelapor akan dirahsiakan,’ jelas beliau.
Tambahnya lagi, untuk mengurangan pembuangan sampah, beliau menggalakan warga Ranau mengamalkan budaya kitar semula, kerana amalan ini mampu mengurangkan lebih 60% dariapda sisa pepejal.
Jupirin mengambil contoh, sisa makanan dan sayur boleh diproses semula menjadi baja organik tanpa menggunakan kos yang tinggi, manakala botol-botol plastik dan kotak boleh dijadikan bahan hiasan dan sebagainya.
BACA JUGA :
Sarawak bakal bina satu lagi Muzium Budaya Borneo di Bintulu
Menteri Komunikasi dan Digital berpendapat, trailer filem Pulau tidak sesuai ditayangkan