Pernah dengar laba garlic tak? Tengah viralkan? Jom buat, mudah je resipinya!

Pernah dengar laba garlic tak? Tengah viralkan? Jom buat, mudah je resipinya!

LABA garlic atau jeruk bawang putih memang ‘viral’ akhir-akhir ini. Banyak dikongsikan di laman sosial, warna bawang bertukar menjadi hijau menjadi perhatian ramai.

Pada mulanya penulis tertanya-tanya apakah khasiatnya jeruk bawang putih yang bertukar hijau ini?

1-Xinhua mendedahkan penyelidik China mendapati laba garlic mengandungi tiga jenis peptida aktif yang berupaya memusnahkan bakteria.

2-Hidangan berona kehijauan yang diawet dengan cuka itu sedikit pedas.

3-Menurut penyelidik dari Universiti Tianjin China, tiga peptida aktif dalam laba garlic ini boleh membentuk liang pada permukaan bakteria, memusnahkan membran, menyebabkan kebocoran kandungan selular di dalamnya dan menghalang pertumbuhan bakteria seperti E. coli dan S. aureus.

4-Penemuan itu telah dilaporkan dalam jurnal Food and Function yangmana para penyelidik mendapati peptida aktif dalam bawang putih mempunyai aktiviti antibakteria tinggi dengan kadar ketoksikan yang rendah.

5-Peptida ialah sebatian yang mengawal selia pelbagai fungsi seperti pertumbuhan, metabolisme dan kesuburan.

Bercakap mengenai laba garlic, SinarPlus ingin berkongsi resipi Tasha Yusoef ini. Mudah sangat menyediakannya, hanya perlu tiga bahan.

“Ia digelar laba garlic kerana ia biasanya dibuat pada hari kelapan bulan “La” (iaitu bulan ke-12), iaitu musim sejuk yang mana Laba Festival diraikan.

“Ketika perayaan ini, jeruk bawang putih ini biasanya dihidangkan bersama ladu.

“Kalau kita, makan dengan mee goreng, sup, mi segera atau ayam bakar atau jenis-jenis makanan yang berminyak sedap dipadankan dengan jeruk ini,” kongsinya.

BACA JUGA:

5 langkah mudah ‘repair’ bahagian kolar baju yang dah meregang

Tak larat nak layan anak-anak, terpaksa ‘hulur’ gajet? Hati-hati, boleh jejaskan mental anak

12 Manfaat Makan Kuaci